Selasa, Februari 23, 2010

< sanggup ke >

Entry tuk ari nie!!!
Smlm gi checkup(22/02/2010)nurse bgtau sy
kandungan sy dh 9 bln,sgt2 terkejut yelakan 
masa berlalu dgn pantas..tak sangka skrg nie cuma
menunggu waktu jer..

Dan mlm td hubby ade bgitau
klu sy nak bersalin di kelantan(umah family hubby)
hujung mggu nie hubby nak hntr sy blk sana..
Bg sy x kisah lah bersalin mana2 pown tp
sanggup ke sy nak dok berjauhan ngan hubby? T____T
Adess ssh nak jwb soalan nie...
Klu sy larr kan ssh sy nak dok berjauhan ngan hubby,
sblm nie kan hubby sntiasa berada di dpn mata..

Nanti tiba saat2 nak bersalin hubby xder,mcm mnela
keadaan sy mse tu hihihi..
mase tu la kan kite amat memerlukan hubby disisi..


Ahad, Februari 21, 2010

Saat Kelahiran

Perasaan risau dan resah adalah menjadi perkara biasa bagi seseorang ibu yang sedang menunggu saat kelahiran bayinya, terutama bagi ibu yang akan melahirkan bayi yang pertama. Ramai di antara ibu juga mengalami kesukaran untuk tidur pada saat sebegini. Sokongan suami dan keluarga amatlah penting pada ketika ini.

Untuk mengelak daripada kekecohan apabila tanda-tanda kelahiran muncul, puan dinasihatkan untuk membuat persediaan awal bagi beg dan barang keperluan puan ketika di hospital. Barang-barang untuk diri puan (baju, kain, tuala, berus gigi) dan juga untuk bayi puan perlu dikemas dan disediakan dua atau tiga minggu sebelum tarikh jangkaan kelahiran bayi puan.

Apabila masa semakin hampir dengan tarikh kelahiran, beberapa tanda boleh muncul yang menunjukkan kelahiran akan berlaku. Puan perlu tahu perkara ini supaya langkah yang tepat dapat diambil tanpa 'panik'.

Pada akhir tempoh kandungan, kekerasan perut rahim semakin kerap berlaku. Kekerasan ini berlaku tanpa diiringi dengan kesakitan. Keadaan ini dipanggil "Braxton Hicks contraction".

Beberapa tanda yang mungkin berlaku apabila proses kelahiran bermula adalah seperti berikut:

Show atau tanda: Keadaan ini berlaku apabila terdapat mukus (lendir) yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran mukus yang berdarah ini menunjukkan lubang serviks sudah mula terbuka yang menyebabkan mukus ini terkeluar. Tanda ini adalah yang paling awal (pertama) lazim berlaku.

Pecah air ketuban: Tekanan disebabkan oleh pengecutan (kontraksi) rahim menyebabkan pembocoran selaput karung bayi. Air ketuban tidak mempunyai warna tetapi berbau hanyir berbanding dengan air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing. Air ketuban ini keluar melalui lubang kebocoran dengan cara lelehan sedikit demi sedikit ataupun secara tumpahan air yang banyak. Air ketuban yang berwarna hijau menunjukkan bahawa bayi sudah pun membuang najisnya sebelum dilahirkan. Pembuangan najis (meconium) ini mungkin disebabkan oleh bayi yang lemas atau bayi yang terlebih matang.

Kesakitan di bahagian perut dan belakang seperti senggugut (tetapi kesakitan ini lebih teruk daripada senggugut). Kesakitan ini akan datang secara berkala. Kekerapan kesakitan akan berlaku sekurang-kurangnya setiap 10 minit. Tempoh kesakitan pula berlaku selama 20 hingga 40 saat. Apabila proses kelahiran sebenar tiba, kekerapan kesakitan semakin rapat iaitu setiap dua atau tiga minit sekali dan tahap kesakitan bertambah kuat. Puan perlu membuat persediaan untuk ke hospital apabila kesakitan kerap berlaku iaitu setiap lima dan 15 minit dan kesakitan ini tidak hilang apabila puan cuba berehat atau berjalan-jalan. Jangan panik kerana proses bersalin memakan masa yang agak panjang terutamanya bagi ibu yang akan melahirkan anak yang pertama (lazimnya lapan hingga 12 jam). Tanda-tanda ini tidak semestinya datang secara turutan seperti di atas tetapi salah satu mungkin datang terlebih dulu atau mereka muncul secara serentak.

Apabila puan mengalami tanda-tanda di atas, puan dinasihatkan tidak memakan makanan sebelum puan ke hospital. Keadaan ini penting kerana makanan yang dimakan sewaktu kesakitan dalam proses bersalin tidak dihadamkan dan tidak diserapkan. Proses penghadaman dan penyerapan makanan berlaku dengan lambat sekali apabila seseorang berada dalam kesakitan proses bersalin.

Ada juga salah faham mengenai cara mendapat tenaga untuk meneran apabila seseorang ibu itu makan sewaktu sakit untuk bersalin. Pemakanan yang tidak hadam boleh membahayakan ibu jika kelahiran dibuat secara pembedahan atau ada komplikasi yang memerlukan pembiusan umum (general anaesthesia).

sy mengambil artikel nie tuk menenangkan hati sy yg dlm keadaan kerisauan..

Khamis, Februari 18, 2010

.... : update blog : ....

hai sume..rsenye dh lama x update blog..rindu plak..
ari nie sy masih lg bercuti dan masih berada di kampung halaman suami sy..
Sabtu nie bru balik ke kl...
Sepanjang berada di sini byk tmpt yg sy g tiap hari jadual sy full..hihihihi..
Ari selasa sy g kuantan hntr adik ipar,die mula keje pd ari rabu..Sblm sy g kuantan mlm tu 
g jmpe mak bidan,die ckp kandungan sy dh 9 bln,sbb baby dh keras,salur peranakan pown dh trbuka,terkejut jgk sy dgr & mak bidan tu ckp mgkn dh x lama..Smlm bru blk dri kuantan..Rse penat sgt,kaki bengkak..

Ari nie g jln2 di KB Mall cri brg baby skit & cri ubat tuk sy & baby..Nasib baik ade kak ipar,klu hrp sy & hubby rsenye ade byk brg lg yg x beli..Berjalan sakan mak buyong nie,mlm2 mula la sshkan hubby sruh urut kaki..'Sape lg nak sruhkan'...

Rabu, Februari 10, 2010

:- cara menulis blog -:

 

nie gmbr terbaru sy...nak promot skit..
Ptg td sy ade baca satu blog topiknye cara menulis blog..
mcm mane tu yer?
mgkn salah satunye ialah ayat2 tuk kite bercerita
sy pown x paham lorr cara2nyer..

Bagi sy ape yg ade dlm ati nie trus sy tulis dlm blog nie
dah x pk ayat sy btl @ x..Dan xde nak pk ayat2 karangan yg nak
hntr cam kat sekolah dulu..
Sebenarnya sy nie x pandai sgt nak bercerita
tp sy cube sbb sy pk blog nie ade baik @ buruknye jgk..
Yang baiknye kite dpt luahkan ape yg terbuku
difikiran kite nie..Yang buruknye plak adalah T_______T...
pandai2la korang pk sndiri yer..

ape pendapat korang tntg perkara nie?

Selasa, Februari 09, 2010

ketagih

Haaa..jgn pk ketagih ape plak yer..
mase nak msuk hamil 6 bln smpi skrg dh 8 bln lbh sy ketagih mkn ais lorr..
xtau sbb ape..

x kire dimana2 saje klu sy minum air,air abis sekali ngan ais licin sy 
kerjakan..hihihi..
(btl ke ayat sy nie)bantaila..
selamber sy jer dpn org rmai mkn ais tu,ntahla rse satu kepuasan..
Dalam sehari 
klu x dpt gigit ais mmg rse x puas la..
klu kat opis mmg sruh org belikan ais kosong tuk gigit ..

Selasa, Februari 02, 2010

ari nie

ari nie sgt bz
buat keje sorg,kena wat gaji,invoice,penempatan
senjata & byk lg..
slh sy jgk wat keje last minute..
skrg tanggungla akibatnye..

ari nie lunch pkl 3,bkn lunch dh nie..
puasla menahan perut smpi keje siap..
bos plak dok tggu jer sbb gaji kena hntr
ari nie gak..

Sok bos ade meeting,xtaula ape topik
yg dibincangkan..maybe bonus..
hrp bonus tahun nie berbaloila..
dgn keadaan aku yg nak bersalin nie..
Byk nak pkai duit..hihihi..