Sabtu, November 27, 2010

KHASIAT PELUK ISTERI





Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. 
Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. 
Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. 
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. 
Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. 
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. 
Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Rabu, November 24, 2010

kids & baby photo contest




Jom join kids & baby photo contest
yang dianjurkan oleh nur safiyyah..




Gambar yang saya pertaruhkan ialah gambar nie..saya paling suka gambar nie
sebab susah betul nak ambil gambar Qistina,nie pown cepat2 snap..geram tengok rambutnye yang kerinting tu..


jom kite join ramai2...tarikh tutup sehingga 30 november 2010.



Isnin, November 22, 2010

kecewa


Rasa kecewa dengan seseorang..
ape yang kite boleh buat hanyalah pendamkan
saje di dalam hati...

Selasa, November 16, 2010

MUMMYKD 1ST GIVEAWAY



Jom join Giveaway yang dianjurkan oleh KDmummy..Giveaway nie bermula pada 11 November - 17 Disember 2010.


Sesiapa yang bertuah akan mendapat hadiah seperti berikut:
Hadiah 1st - RM66.66
Hadiah 2nd - RM44.44
Hadiah 3rd - RM22.22


Pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah.
Seramai 3 orang pemenang bertuah akan dipilih..Apa lagi jom lah join...

Sabtu, November 13, 2010

aku & bos

stress Pictures, Images and Photos

Dah 2 hari berturut2 aku balik awal tak tahu nak buat ape kat opis.
Kalau bosan selalunye aku on9,tapi ade orang lain yang ganti tempat aku tu & aku ambik keputusan tuk balik umah jer,nasib baik umah aku dgn opis dekat jer.
Pertama aku balik tanpa pengetahuan bos(mcm opis sndiri jer).
Hari yang kedua tu aku masih was2 nak blk ke tak & terus call suami..

aku:ayah kat mane?

suami : ayah kat opis.nape mama?

aku: xde ape saje jer..xpelah..

Dan aku terus call bos..

aku : Helo..En aziz kat mana?(selambe jer aku tanye bos kat mane tanpa beri salam plak tu)

bos : saya kat dalam bank.nape??

aku : saya nak balik dululah,kat opis ni xde wat ape pown.semua keje saya dh buat,saya dah letak atas meja en aziz.

bos : tahu pown awk boring dok opis kan..baliklah...

Dengan senang hatinya aku kemas2 ape yang patut & terus call suami suruh ambik aku..

Khamis, November 11, 2010

untuk pengetahuan suami isteri..



Hukum melakukan seks jika isteri sudah kering darah haid/nifas tapi masih belum mandi wajib.


Allah berfirman:"Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jgn bersetubuh dengan isteri kamu)dalam masa datang darah haid itu,dan jgnlah kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh)sebelum mereka suci.kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu.Sesungguhnya Allah mengasihi orang2 yang banyak bertaubat dan mengasihi orang2 yang sentiasa mensucikan diri.

Al-Baqarah 2:222
Dalam ayat diatas,suami dilarang dari melalukan hubungan seks-yakni memasukkan penis ke dalam vagina-ketika isterinya sedang haid.ini berkuat kuasa dari saat isteri mula haid sehinggalah isterinya sudah bersuci.

para ilmuan berbeza pendapat dgn maksud bersuci dlm ayat di atas.ada yg berkata maksudnya isteri menyucikan vaginanya dari kesan darah selepas haid berhenti.ada yg berkata setelah isterinya mengambil wudhu.ada yg berkata setelah isterinya melalukan mandi wajib.

Jika pasangan suami isteri sebelum ini pernah melakukan hubungan seks setelah isteri berhenti haid namun belum mandi wajib,tidak ada apa2 hukuman kafarat yg dikenakan.jika mereka melakukannya kerana jahil,keliru atau terlupa mereka tidak berdosa.jika mereka mengetahui hukumnya dan tetap sengaja melakukannya,mereka akan berdosa.

Rabu, November 10, 2010

wedding


Salam..
aku baru nak update cerita yg dah lepas.30hb ari tu aku balik kampung sepupu aku kawin.aku pegi agak lewat sebab ari tu suami aku keje lagi,sampai sana pkl 4 lbh orang dah balik tinggal family aku jer..Saudara mara pown dah balik so aku rase terkilan skit tak dapat jumpa sebab bukan selalu dapt jumpa(dok jauh).Mase tu plak pengantin tengahberposing sakan,ingat nak tumpang sekaki tapi rase malu plak,cuma tgk jelah dorang berposing..


baju sanding warna merah mmg cantik..suka eh
lepas dorang posing aku ngan baby aku plak posing.Qistina ssh btl nak tgk camera..






Selasa, November 09, 2010

Betul ke Noh Hujan & Mizz Nina bertunang?

Betul ke Noh Hujan dgn Mizz Nina dah bertunang?Saya dapat tahu berita ini daripada Surat khabar Harian Metro.Tup2 dapat tahu diorang bertunang,tak sangka betul sebab tak pernah dengar gosip2 tentang diorang.

Dari petikan suratkhabar itu Noh ingin merahsiakan hubungan cinta mungkin di atas kemahuan keluarga masing2 mahu kerjaya seni lebih dipandang.

Sabtu, November 06, 2010

Melawan Sihir Cinta

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dgn jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.Sihir merupakan perantaraan diantara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melalukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperoleh bantuan dan pertolongan yang dihajati.
Cinta termasuk dalam sihir yang boleh terjadi pada sesiapa sahaja.Sihir cinta kadang2 lebih menyayt hati.Sihir menahan pernikahan itu pula adalah apabila seseorang menghadapi pening kepala yang berterusan,sekalipun telah mengambil ubat tapi dada sesak terutama selepas Asar hingga tengah malam.Dia melihat orang yang datang melamar sebagai bermuka hodoh.Fikiranya kerap melayang,apabila tidur selalu gelisah dan tidak nyenyak,perut juga selalu berasa sakit.

Lindungi diri
Bagaimana sihir ini berlaku?Mengikut seorang pengamal perubatan islam dalam laman webnya,jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua :
one Masuk ke dalam tubuh wanita berkenaan menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.

twoMenukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya hingga berwajah buruk.

Lindungilah diri kita bersama dengan :
* Banyak2kan berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh nabi muhammad SAW umpamanya zikir al-mathurat.
* Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
* Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke tempat gelap.
* Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
* Jangan tidur bersendirian,jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
* Jangan membuang air kecil ke mana2 lubang atau takungan air.
* Jangan membunuh ular yang masuk ke rumah sewenang-wenangya.
* Jangan mendedahlan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana ditakuti timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita berkenaan.