Jumaat, Julai 27, 2012

~ Doa Seorang Isteri ~

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..

Khamis, Julai 26, 2012

~ Tema ~



Tema tahun ni kaler oren plan ingat nak caler grey tapi tengok2 balik kaler oren yang lebih menarik.
Macam puasa penuh jer nak tema2 ni kan. :p..Sebenarnya kain tak beli lagi ni macam mana nak hantar upah jahit.Harap esok en suami dah dapat gaji boleh bodek beli kain untuk baju sepasang,sepasang pon dah cukup.


Cantiknya baju macam ni kan,sesuai ke untuk aku yang kurus keding ni..hewww..


Jumaat, Julai 20, 2012

~Hitam~

Melambangkan sofistikated.

Meluahkan sesuatu secara rasmi,sugul dan dramatik.

Membuatkan yang muda kelihatan dewasa.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, Julai 12, 2012

Novel

Dah lama tak baca novel,sebelum kawin boleh baca novel dalam masa 1@2 hari.

Sekarang ni ambil masa 2,3 minggu baru habis.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, Julai 11, 2012

Mahal betul

Sejak 2,3 hari ni aku sudah mula berkira-kira.sebelum ni aku malas nak ambik tahu semua makanan harganya berapa.

Memandangkan hari ni aku makan mee sup dengan harga RM5.00 + sirap limau RM1.50 total RM 6.50,semalam makan nasi putih + daging masak merah + sirap limau total RM 6.50 lebih baik aku makan nasi kenyang skit.

Lepas ni kena suruh tokey tu kira sendiri,nak makan kat tempat lain semua jauh.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, Julai 03, 2012

~letak gambar jelah~