Rabu, Disember 29, 2010

harapan

berapa tinggi pucuk pinang
tinggilah lagi pucuk meranti
berapa tinggi si Gunung Ledang
tinggilah lagi harapan hati

Asamlah jawa pokok di hutan
dibawa orang tanam di desa
adalah nyawa ada harapan
tidaklah mahu berputus asa.



Entry ini untuk hiburkan hati yang sedang bergelora..
Hahaha..apasal tiba2 aku jadi macam ni...oklah entry ini hanya
untuk hiburkan hati je..tiada bersangkut paut dengan apa2...

Isnin, Disember 27, 2010

menghitung hari



MENGHITUNG HARI....

Tak sanggup rasanya nak berhadapan dengan semua ini.
Rasa sedih akan berjauhan dengan Qistina.
Minggu depan Qistina akan tinggal bersama tok dan pakcik2 nya
di kampung untuk sementara waktu.

Jumaat, Disember 24, 2010

cinta


Ramai insan terlupa kepada kebesaran allah
pada waktu sihat dan senang sehingga mendorong
mereka menjadi angkuh,takbur dan membuat sesuka hati.

Hanya setelah allah menurunkan pembalasan yang dijanjikan
bagi setiap perbuatan mereka,barulah mereka tersedar dan insaf.

Ada orang anggap mudah untuk berpisah dan melupakan kekasihnya
setelah ia jemu dan bertemu yang baru,tetapi tidak semudah
itu bagi seseorang kekasih yang setia untuk berpisah dan melupakan kekasih
yang meninggalkanya dengan linangan air mata.

Janganlah kita bersumpah setia dengan kekasih jika tidak mampu
mengukuhkan kesetiaan di hati kerana dikhuatiri sumpahan
itu kelak akan memakan diri sendiri.

CINTA ITU TERLALU INDAH DAN TIDAK PERNAH BERUBAH,
YANG MUDAH BERUBAH ADALAH HATI YANG TIDAK SETIA..

Rabu, Disember 22, 2010

Batu Caves

Hai....

Hari ahad sebelum ini penuh dengan aktiviti,sebenarnya aktiviti itu tidak dirancang,tiba2 terfikir nak mandi air terjun.tanpa bawak makanan apa2 terus bertolak ke rawang,mandi dalam sejam tiba2 abah ajak pulak pergi Batu Caves..(entry pergi air terjun tiada gambar)


Akhirya sampai jugak aku dekat sini...Sudah lama aku menetap dekat KL tapi inilah kali pertama aku panjat anak tangga tu..mula-mula rasa tak nak naik sebab takut tidak sampai dekat atas tu fikir2 balik kalau sekarang ini tak naik bila lagi aku nak naik kan.Sampai rumah mandi2,makan aku terus pengsan(tidur)orang keluar masuk dalam rumah pun aku dah tak sedarkan diri sebab terlalu penat.sekarang ni kaki masih sakit lagi kerana naik tangga dekat Batu Caves tu..

Ok,cerita dah habis..Bye..

nuffnang


Hai..
Terima Kasih nuffnang sebab bagi saya BE..

Kempen CPM
Pengiklan kami akan memilih senarai blog yang mereka ingin paparkan iklan mereka kerana kadar bayaran lebih tinggi berbanding bayaran bagi kempen CPC. Keputusan mereka mungkin bergantung kepada beberapa faktor seperti demografi pembaca blog, lokasi-lokasi unit iklan di dalam blog, status keahlian blogger Nuffnang dan kewujudan unit iklan di dalam blog. Jika anda terpilih, anda akan menerima e-mel notifikasi mengenai kempen iklan atau boleh dijumpa dalam halaman Pendapatan, di bawah bahagian Pendapatan Terumpuk.
  • Oleh kerana pihak pengiklan mementingkan sasaran penonton untuk melihat kempen iklan mereka, hanya blog yang mempunyai pembaca blog yang sesuai akan dipilih. Jika pembaca blog anda jatuh di dalam kategori yang berkaitan, anda pasti akan dipilih masuk ke dalam senarai mereka.
  • Lokasi unit iklan adalah penting dalam industri pengiklanan. Pihak pengiklan kami telah membelanjakan wang yang banyak untuk mereka dan membeli ruangan iklan. Mereka mahu mesej iklan mereka disampaikan dengan sebaik mungkin kepada sasaran penonton. Oleh itu, mereka mahukan ruangan iklan yang berada di lokasi yang optimum dan sesuai. Sila pastikan unit iklan anda berada di lokasi yang sepatutnya dan pihak pengiklan semestinya berpuas hati dengan faktor ini. Unit skyscraper sepatutnya menjadi elemen pertama di dalam bahagian sidebar dan bukan di bahagian lain. Unit leaderboard juga mempunyai peraturan yang sama di mana ia perlu menjadi elemen pertama yang dilihat pengunjung blog anda semasa memasuki blog anda dan bagi unit Large Rectangle, ia perlu diletakkan di bawah petikan blog pertama anda. Sekiranya unit iklan dalam blog anda tidak berada dalam sususan ini, ia akan memberi mempengaruhi keputusan pihak pengiklan untuk memilih blog anda dan mereka mungkin memilih blog lain yang mempunyai lokasi unit iklan yang lebih bagus.

Jumaat, Disember 17, 2010

cintan cintun




Kalau kita sayangkan seseorang,
merdekakanlah dia,
Kalu kita sayangkan seseorang,
lepaskanlah dia,ibarat merpati putih,
terbang bebas,
Kalau ia milik kita,
pasti ia pulang ke tapak tangan.


Entry jiwang lah pulak..
p/s:ila & icah ingat tak ayat ni..



Khamis, Disember 16, 2010

OMG...siyes terkejut..


Hai...

Siyes,skrg nie aku btl2 terkejut & badan aku terasa mengeletar & darah terasa turun naik,jantung plak berdegup terlalu laju..Ini kali pertama blogger yg popular menziarah blog aku..cube teka..sape???



Terima Kasih liyana coz sudi ziarah blog akak yang tak seberapa ni..Lain kali datang lagi yer..

pasangan bercouple dibelit ular ketika berzina


KEPADA MEREKA YANG SUKA BERCOUPLE BERDUA-DUAAN SAMBIL BERASMARA UTK MENAGIH CINTA SAMAADA DI TAMAN ATAU DI TEMPAT2 YG SUNYI...BERINGATLAH...!!!!! "Ambillah iktibar dari kisah benar ini...dipetik dari sebuah blog...

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan..............

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya. "Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan.Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal.

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. "Apa yang boleh saya bantu encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. "Ustaz...macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya. "Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas.

Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. "Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut. Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya. Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya."Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi. Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah.

Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. "Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah. Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang.

Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama. Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. "Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan. Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan. Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya.

Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. "Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka. "Saya menjerit sekuat hati meminta tolong.

Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu. Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut.

Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut. "Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk. Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular.

Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina. Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin. Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA : "SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."

******************

PERINGATAN DARI ADMIN: Pelakuan maksiat ketika muda remaja selalunya menghantui hingga ke tuamu wahai remaja. Dosa-dosa itu menggelapkan hati daripda menerima nur dari Allah SWT. Keseronokan berpoya-poya hanyalah palsu belaka, sedikitpun tidak membantu di alam akhirat malah ia membawa beban yang cukup berat, takut tergelecek jatuh kita ke neraka, na'uzubillah..


pasangan bercouple x malu dan hanya menunggu dibelit ular

Rabu, Disember 15, 2010

Obses fb

Hai...

Hari nie aku keseorangan di opis ,partner lagi sorang bercuti..jadi terasa sunyi plak kat opis nie tp tak pe coz aku dah biase duduk sorang2 kat opis nie,tiada gangguan.Hari nie aku rase happy sangat sebab dapat cari kwn baik aku mase aku belajar dkt ITTAR dulu.
Dah lama cari nie baru jumpe tu pown dari bantuan sepupu aku Puan Jasmidar,Die yang bagitahu & terus aku add dkt fb,nasib baik betul..Lepas nie tak sabar2 nak jmpe plak,nak borak panjang2,nak gelak2 & msti ade story yg sedih2..huhuhu...Tq to fb sebab dapt temukan kiteorg yang dah lama terpisah nie(sedihnye)..

Ape kegunaan fb bagi korang?

Bagi aku fb nie dapat temukan kwn2 lama..
dapat info2 terbaru.
Yang paling best bagi aku dapat main game...hihihi..

Yang aku tak suke tentang fb nie,24 jam ngadap fb nie macam tak ade keje lain..kalau bos suruh buat keje tggu petang baru siap & kalau tekan keyboard tu msti bos ingatkan kerani die terlalu rajin buat keje coz terlalu kuat bunyinye..(klu org tak blh dgr bunyi bising,msti kena hempas je keyboard tu).Lepas tu kalau bos sruh buat keje (urgent) tak kan nak mintak izin nak guna komputer tu.

Sekarang nie budak2 sekolah rendah pown dah ade fb,malam tadi adik aku yang berumur 10 tahun pown suruh aku buat fb untuk die.Oklah aku nak fb untuk die jap,kalau tak buat nnti masam pulak muka die..penampo

Rabu, Disember 08, 2010

kutu babi...


Hai.....

Korang pernah kena gigit dengan kutu babi tak???Adoiyai,nak dijadikan cerita
pagi tadi adik aku perasan ade kutu babi melekat kat badan Qistina,nasib baik kecik je
& kat tempat yg boleh nmpk..kalau dekat dalam telinga tak ke susah,mesti Qis nangis je..Semalam aku dah perasan kat badan qis ade sesuatu,aku ingat luka biase je..aku buat tak tahu jelah kan..Pagi tadi nak buang Qis tak bagi mungkin sakit agaknye..Kesian Qis.....


Petua mencabut kutu babi
Petik daun sirih bersama tangkainya dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi yang melekat
pada kulit tubuh ia akan menjadi senang untuk dicabut.

Isnin, Disember 06, 2010

Catch the Beast, 4minute and G.Na at the #DiGikpop! Grab the pre-sale tickets at 1U, New Wing!

Catch the Beast, 4minute and G.Na at the #DiGikpop! Grab the pre-sale tickets at 1U, New Wing!

Jumaat, Disember 03, 2010

kesian Qistina


Hai....
Dah lama tak update blog,macam dah berhabuk je blog nie..
Tak sempat nak update asyik melayan Qistina jer..Qis sekarang nie dah pandai tak bagi mama pegang mouse,kalau Qis nampak mesti tarik tangan..Perkembangan terbaru Qis sekarang nie dah cuba nak berdiri sendiri dan nak belajar drive..hihihi...Qis, kalau naik kete mesti die nak pegang gear,tak lepas2..susah ayahnye nak drive..



Minggu lepas dapat berita yang mengecewakan bermula awal bulan 1 nie Qistina dah tak boleh tinggal di pejabat,kalau korang nak tahu dari umur Qis sebulan lebih aku dah bawa qis ke pejabat.Dan sekarang nie terpaksalah cari pengasuh untuk Qistina.Tanya pendapat suami,die suruh bagi mak jage jer tapi yang merisaukan boleh ke aku dengan suami berjauhan dengan Qis..memang tak sanggup,sehari bagaikan setahun tak jumpe Qis.Qis lah penghibur hatiku dikala aku sedih,gembira..