Khamis, September 30, 2010

pondan yg terlebih cun

hai all...
skrg nie nmpknye musim hujan..
pegi keje hujan blk keje hujan..
ishh..apesal cite pasal hujan plak nie..
rse tension tiap2 hari hujan jer,
nak kuar pown ssh..

ape kata nak hilangkan tension kite tgk pic nie..suka
tak sangka
negara afrika pown ade pondan.
















credit : Amazing nara
happy

Rabu, September 29, 2010

Peluru singgah di tengkuk jaga

KUALA LUMPUR: Hanya seminit diperlukan dua lelaki untuk melarikan wang tunai berjumlah RM50,000 selepas menembak tengkuk seorang pengawal keselamatan dalam rompakan nekad di sebuah bank di Taman Sungai Besi Indah, dekat sini, semalam.

Pengawal keselamatan berkenaan, Mohd Yusoff Abdul Mutalib, 49, dilaporkan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Serdang.


Ketika kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, mangsa sedang membantu seorang pelanggan mengeluarkan wang dari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bank berkenaan.


Rakan setugas mangsa, Mickale Dhahaklas, 49, berkata ketika kejadian bank sesak dengan pelanggan dan mangsa pula sedang membantu beberapa pelanggan untuk mengeluarkan wang.


Katanya, dia ada terdengar bunyi satu das tembakan dilepaskan sebelum melihat mangsa terbaring berlumuran darah.


“Ketika kejadian saya berada dekat kaunter,” katanya ketika ditemui.


Beliau berkata, selepas terdengar bunyi tembakan itu, dia bergegas ke arah mangsa sebelum seorang lelaki memakai topi keledar berpenutup penuh menuju ke arahnya sambil mengacukan sepucuk pistol.


“Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana pada masa sama senjata api milik mangsa dirampas lelaki terbabit,” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, kedua-dua suspek terbabit yang memakai topi keledar berpenutup penuh dan topi besbal tiba-tiba meluru ke dalam bank itu sambil seorang daripadanya terus bertindak menembak seorang pengawal keselamatan bank berkenaan yang ketika itu sedang membantu beberapa pelanggan mengeluarkan wang di sebuah mesin ATM.


Katanya, tembakan yang mengenai tengkuk mangsa menyebabkan mangsa rebah sebelum senjata api disandangnya dirampas suspek.


Beliau berkata, suspek yang menggunakan sepucuk pistol automatik itu kemudian menyerahkan pistol berkenaan kepada rakannya sebelum meluru ke arah kaunter bank berhampiran.


“Suspek kemudian melompat masuk ke dalam kaunter bank sebelum merampas wang RM50,000. Pada masa sama, seorang lagi suspek mengawal keadaan sekitar sambil memegang senjata api milik mangsa,” katanya.

Menurutnya, lebih kurang seminit selepas itu, mereka meninggalkan bank berkenaan menggunakan motosikal sambil membawa senjata api milik mangsa.


Katanya, suspek kemudian mencampakkan senjata api berkenaan di depan sebuah rumah kira-kira 200 meter di belakang bank itu.


“Siasatan awal polis mendapati kedua-dua suspek adalah warga tempatan berdasarkan pengakuan saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam bank berkenaan,” katanya.


Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan dan difahamkan keadaannya kritikal.

Menurut polis, kes berkenaan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata.


ini adalah salah satu bank yg tidak menjaga keselamatan pengawal.sepatutnya pengawal yg bersenjata duduk ditempat yg tersorok bknnye ditempat yg terbuka dan bknnye menolong melayan pelanggan.bank tu kekurangan staff ke..

Selasa, September 28, 2010

stairway to heaven filipino



Telenovela: Stairway Tο Heaven, mulai 20 September, Isnin – Khamis, jam 3.00petang
Pelakon: Dingdong Dantes, Rhian Ramos, TJ Trinidad dan Glaiza de Castro.

Siri drama Filipina yang mempunyai 30 episod ini mengisahkan perebutan kasih di kalangan adik beradik tiri, saksikan kegigihan Jodi dalam menempuh segala dugaan dalam hidupnya. Jodi dan Cholo saling menyayangi sejak zaman kanak-kanak. Cholo telah melamar kepada Jodi sebelum dia berangkat ke Amerika Syarikat. Jodi amat teruja dan mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang indah bersama Cholo. Namun, ibu tirinya, Maita dan adik tirinya, Eunice yang dengki terhadapnya telah merancang sesuatu bagi memusnahkan hidupnya. Tristan pula menyimpan perasaan terhadap kakak tirinya, Jodi.

Malangnya Jodi telah hilang ingatan selepas suatu kemalangan yang teruk. Kematian Jodi telah dipalsukan dan Cholo terpaksa menerima hakikat tersebut walaupun perit. Tristan mengambil kesempatan ini untuk memulakan kehidupan baru bersama Jodi yang dikenali sebagai Jenna. Manakala Eunice berusaha memenangi hati Cholo dan akhirnya mereka telah bertunang.

Walaupun begitu, Cholo masih tidak dapat melupakan Jodi kerana cintanya terhadap Jodi begitu mendalam. Takdir telah menemukan semula Cholo dan Jenna. Cholo amat yakin bahawa Jenna ialah Jodi dan dia tidak akan berputus asa untuk membuktikannya. Tiada halangan bagi Cholo untuk membongkar penipuan Maita dan Eunice demi cinta sejatinya. Jangan lepaskan peluang untuk menonton siri drama Filipina yang hebat ini, Stairway Tο Heaven di slot Telenovela.


Dingdong Dantes and Rhian Ramos
Dingdong Dantes and Rhian Ramos Photos

Isnin, September 27, 2010

bersama si comel










saat yg mengembirakan...

Rabu, September 22, 2010

puaskah....

Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah hoo.. Sayangku

Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakanku
Setelah kau dapatkankuMungkin hanya bila ku mati
Kau 'kan berhenti 'tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini
Terus engkau lukai

Ingatlah saat yang lalu
Saat kau peluk diriku
Tapi kini semua lalu
Kau tega khianatiku

Selasa, September 21, 2010

keluarga pencuri sorok celah kangkang....



salam readers..
tak sangka yer
dalam bulan puasa pown ade jugak pencuri..
mungkin saya agak ketinggalan pasal video nie.
saya baru tgk video ni pagi tadi.
banyak betul dorang curi baju..
tak beragak langsung..
sesiapa yg tak tgk video nie jom layann....

Ahad, September 19, 2010

wanita

wanita tidak semestinya memerlukan lelaki tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan ,cinta itu anugerah.

mengapa wanita memerlukan lelaki didalam hidupnya?apa perlu seorang wanita yg bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kpd tangan seorang lelaki?
cinta tidak datang dipaksa-paksa,cinta tidak juga datang kala kita mahukannya.jika kita mahukan ia menjadi air,ia datang seperti api.jika kita bersabar dan menerima ketentuan tuhan seorang lelaki yg baik akan hadir kepada kita juga.lelaki yg juga tidak semestinya datang dgn kepala berketayap,janggut atau harta membuak-buak.tetapi lelaki yg baik,jika tuhan mahukan dia menemani sepanjang hayat,membimbing kelakuan kita,menjaga kemurnian kalbu bersama-sama mendidik,membuka jalan agar kita dpt memperdalamkan selok belok agama yg barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana dan memberikan kita zuriat yg halal bagi merahmatinya.
dia akan datang apabila tiba masanya lambat dan cepat.hanya allah itu yg lebih mengetahui.


kini ku telah temui cinta hatiku dan telah di berikan zuriat yg menyinari hidupku.

Sabtu, September 18, 2010

cutecute baby contest

salam readers...
Jom join cutecute baby contest di FB
sy pertaruhkan pic nie utl Nur Qistina Hasya



Jumaat, September 17, 2010

cite raya

salam..
hari ini raya yg ke 8..
cepat je masa berlalu..
raya pown mcm tak raya jer.
tahun nie tak ade gmbr raya bersama suami 
dan anak.

tahun nie bersederhana je baju raya hanya sepasang.
Raya pertama beraya dirumah jiran dekat2 je.
Malam tu bertolak gi Bilut,
Raya ke 2,ptg tu baru blk umah.
Hari ahad dah blk kl,
tak sempat 
nak gi beraya umah kwn2..

Selasa, September 14, 2010

panduan menggunakan photoshop

salam..
sy nak simpan panduan menggunakan 
photoshop nie coz sy buta menggunakan tools yg ade dlm 
photoshop.skrg nie sy baru nak cube2 buat header sndiri..


1. Move Tool
Tools ni gunanya untuk memindahkan gambar atau yang korang dah select,
2. Marquee Tool
Rectangular Marquee
tools nie gunanya untuk area selection berbentuk segi empat kat gambar.
Elliptical Marquee
tools nie gunanya untuk membuat area selection berbentuk lingkaran kat gambar.
Single Row Marquee
tools nie gunanya untuk membuat area selection satu baris kat gambar
Single Column Marquee
tools nie gunanya untuk membuat area selection untuk 1 column kat gambar
3. Lasoo Tool
Lasoo
Digunakan untuk membuat area selection dengan bentuk ikut suka hati.
Polygonal Lasoo
Digunakan untuk membuat area selection berbentuk poligon

Magnetic Lasoo

Digunakan untuk membuat area selection kat tepi² gambar
4. Quick Selection Tool
Tools nie digunakan untuk membuat area selection kat warna² yang sama.
5. Crop Tool
Tools ni digunakan untuk potong dan buang area tertentu dari image.
6. Slice Tool
Digunakan untuk membuat potongan² pada gambar.
Slice Select Tool
Digunakan untuk memilih potongan pada suatu gambar
7. Healing Brush, Patch, Color Replacement Tool
Patch Tool
digunakan untuk melukis pada area tertentu gambar dengan pattern. kiranya untuk baiki gambar
Healing Brush Tool
Digunakan untuk melukis gambar dengan pattern atau sample tertentu. gunakan untuk baiki gambar yang problem²
Color Replacement Tool
Digunakan untuk warnakan gambar dengan pattern warna tertentu.
8. Brush, Pencil Tool
Brush Tool
Digunakan untuk melukis gambar dengan berus
Pencil Tool
Digunakan untuk melukis gambar dengan pencil
9. Stamp Tool
Clone Stamp Tool
Digunakan untuk melukis gambar dengan sample gambar

Pattern Stamp Tool

Digunakan untuk melukis gambar dengan menggunakan pattern
10. History Brush Tool
History Brush Tool
digunakan untuk melukis gambar menggunakan ulang balik yang menjadi awal  pada gambar.
Art History Tool
digunakan untuk melukis gambar menggunakan history pada gambar menjadi asal balik.
11. Eraser Tool
Eraser
Digunakan untuk memadam pixel gambar dan mengembalikannya ke tempat.
Background Eraser
Digunakan untuk memadam area gambar menjadi transparent.

Magic Eraser

Digunakan untuk memadam area gambar yang ada warna yang serupa menjadi transparent dengan satu click jer.
12. Paint Bucket, Gradient Tool
Paint Bucket Tool
Digunakan untuk kalerkan area yang dipilih dengan warna foreground atau pattern.
Gradient Tool
Digunakan untuk kalerkan area yang dipilih 2 atau lebih warna.
13. Blur, Sharpen, Sharpen Tool
Blur Tool
digunakan untuk mengaburkan area tertentu pada gambar.

Sharpen Tool

digunakan untuk menajamkan area tertentu pada gambar.
Smudge Tool
digunakan untuk menggosok area tertentu pada gambar
14. Dodge, Burn, Sponge Tool
Dodge Tool
Digunakan untuk terangkan warna di area tertentu pada gambar
Burn Tool
Digunakan untuk gelapkan warna di area tertentu pada gambar
Sponge Tool
Digunakan untuk mengubah kelembutan di area tertentu pada gambar
15. Pen Tool
Digunakan untuk membuat path dengan lengkung² yang halus
Freeform Pen Tool
Digunakan untuk membuat path berbentuk bebas

Add Anchor Point Tool

Digunakan untuk menambah anchor point pada path
Delete Anchor Point Tool
Digunakan untuk menghapus anchor point tertentu pada path

Convert Point Tool

Digunakan untuk mengubah anchor dan direction point tertentu pada path
16. Type Tool
Untuk menaip apa jenis tulisan
Horizontal Type Tool
Digunakan untuk membuat tulisan secara horizontal

Vertical Type Tool

Digunakan untuk membuat tulisan secara vertical
Horizontal Type Mask Tool
Digunakan untuk membuat selection berbentuk tulisan secara horizontal
Vertical Type Mask Tool
Digunakan untuk membuat selection berbentuk tulisan secara vertical
17. Path Selection Tool
Digunakan untuk melakukan selection path

Direct Selection Tool

digunakan untuk mengubah anchor dan direction point dari path
18. Shape Tool Rectangle Tool
Digunakan untuk menggambar bentuk segi empat
Rounded Rectangle Tool
Digunakan untuk menggambar segi empat melengkung

Ellipse Tool

digunakan untuk menggambar ellipse
Polygon Tool
digunakan untuk menggambar polygon

Line Tool

digunakan untuk menggambar garis lurus

Custom Shape Tool

digunakan untuk menggambar bentuk tertentu dari daftar bentuk yang dapat dipilih pada option bar
19. Notes Tool
Digunakan untuk membuat catatan pada gambar
Audio AnnotationTool
Digunakan untuk membuat audio pada gambar
20. Eyedropper Tool
Digunakan untuk mengambil sample warna pada gambar untuk warna foreground
Color Sampler Tool
Digunakan untuk mengambil berbagai sample warna.
21. Hand Tool
Digunakan untuk mengerakkan image selection
22. Zoom Tool
Digunakan untuk memperbesar atau memperkecilkan gambar

credit to : melromeo


Isnin, September 13, 2010

selamat hari raya aidilfitri

 
 
salam...
rasanya tak terlambat untuk sy ucapkankan Selamat Hari Raya
kepada semua yg mengenali diri sy.

Sabtu, September 04, 2010

contest couple muka seiras

Wah..tiba-tiba teringin plak nak join contest..
Dari blog layanlynn..


Jom join sekali.Contest nie terbuka kepada couple-couple...
Yang dah kahwin..Yang xde pun..nak letak gambar adik beradik pun boleh! 
Tapi syarat hanya 2 orang saje..Kamu dan sorang lagi..




ini pic yg saya pertaruhkan..sy suka pic ini sebab muka sy
dgn suami nmpk macam serupa jer.


tag to:

Jumaat, September 03, 2010

Surat Rasmi Untuk Poligami

Sekarang nie dah ade surat rasmi untuk poligami .Lepas nie semua suami-suami di luar sana yang bercita-cita nak tambah lagi satu, sila gunakan surat rasmi untuk poligami ini.


Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu ..
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu .
31 April 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan
diisi di masa akan datang.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui surat lengkap ini..

3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah
saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an
untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan
kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya
yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup
kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi
seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta
besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan
puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah
kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang
dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan
iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya
akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah
waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku
Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu
saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan
bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan
senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas
kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk
, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk
melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas ….. Situasinya lebih kurang sama dengan masa
kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun
yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi
kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan
oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian , Terima Kasih.
“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”
Yang Ikhlas Memohon ,
Suami bin Lelaki

credit :Amazing nara

Khamis, September 02, 2010

gaya hidup happy girl

Realistik
Kalimat seperti 'kalaulah kulit aku putih,kalaulah gaji aku byk..'adalah
antara perkataan yg pantang keluar
dari mulut Happy Girl.Mereka selalu berusaha memandang positif setiap aspek.
Tuhan mgkin tidak selalu memberi apa yg kite inginkan tetapi tuhan memberi
apa yg kita perlukan.

Hidup untuk hari ini.
'The Happy Girl'hidup untuk hari ini.
Mereka tidak akan membiarkan diri di kuasai masa lalu.
Mereka juga tidak terlalu obses untuk merancang
masa depan sesempurna.apa yg penting yg ada dalam fikiran tidak overloaded kerana
terlalu byk berfikir.

Tidak pernah berkira
Tidak pernah berkira setiap kali berbuat baik pada 
org lain.Setiap pertolongan di hulurkan dgn ikhlas.
Tidak mengharapkan balasan apabila menghulurkan bantuan.

Tulus memaafkan
Saat ada yang berbuat salah padanya dan
minta maaf'Happy Girl' akan sentiasa sedia memaafkan 
bukan hanya di mulut sahaja kata maaf sedangkan di hati masih berdendam.

Anti dengki
The Happy Girl selalu yakin setiap org itu ada kekurangan dan kelebihan masing2.
Kerana itulah mereka jarang dengki pd org lain biarpun ada yang lebih dari mereka.

Ketawa
Apabila ditimpa masalah The Happy Girl masih blh ketawa.
Mereka memilih untuk tetap ceria kerana tahu
bersikap sedih tidak blh mengubah keadaan.

Sahabat tulen
Hubungan persahabatan yg dimiliki Happy Girl
biasanya sangat berkualiti,Mereka mungkin jarang menyapa sahabatnya
 di facebook tetapi saat kamu memerlukan
mereka pasti setia di sisi.

Jujur
The Happy Girl tidak akan ragu menjadi diri sendiri dan tidak perlu berusaha keras
untuk tampil baik di hadapan org lain.
Mereka juga jujur dgn diri sendiri.Jika suka akan kata suka dan jika tidak suka akan kata
tidak suka.

31 ogos

Malam merdeka,pkl 10 malam sy dh bertapak di Dataran kononnye nak tgk bunga api.
tepat pkl 12 mlm tggu2 bunga api tak muncul2 jgk...
ramai org kecewa sebab tak ade bunga api..

Esoknye pergi jmpe jas ngan siti
satu hari berjalan jer
mula2 pergi The Curve - Sogo - Times Square

 

Rabu, September 01, 2010

biskut samprit

 

Bahan-bahan ( 50 biji )

  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula dikisar halus
  • 1 kuning telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • chocolate chips untuk hiasan

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 darjah.
  2. Di dalam satu mangkuk, pukul butter, gula hingga kembang. Masukkan kuning telur, vanila, dan kacau sebati.
  3. Masukkan tepung (gandum dan kastad) sedikit demi sedikit sehingga habis. Adunkan dengan tangan sehingga menjadi doh lembut.
  4. Tekan dengan acuan kuih samprit dan hiaskan dengan chocolate chips. Bakar selama lebih kurang 20 minit.