Selasa, September 28, 2010

stairway to heaven filipino



Telenovela: Stairway Tο Heaven, mulai 20 September, Isnin – Khamis, jam 3.00petang
Pelakon: Dingdong Dantes, Rhian Ramos, TJ Trinidad dan Glaiza de Castro.

Siri drama Filipina yang mempunyai 30 episod ini mengisahkan perebutan kasih di kalangan adik beradik tiri, saksikan kegigihan Jodi dalam menempuh segala dugaan dalam hidupnya. Jodi dan Cholo saling menyayangi sejak zaman kanak-kanak. Cholo telah melamar kepada Jodi sebelum dia berangkat ke Amerika Syarikat. Jodi amat teruja dan mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang indah bersama Cholo. Namun, ibu tirinya, Maita dan adik tirinya, Eunice yang dengki terhadapnya telah merancang sesuatu bagi memusnahkan hidupnya. Tristan pula menyimpan perasaan terhadap kakak tirinya, Jodi.

Malangnya Jodi telah hilang ingatan selepas suatu kemalangan yang teruk. Kematian Jodi telah dipalsukan dan Cholo terpaksa menerima hakikat tersebut walaupun perit. Tristan mengambil kesempatan ini untuk memulakan kehidupan baru bersama Jodi yang dikenali sebagai Jenna. Manakala Eunice berusaha memenangi hati Cholo dan akhirnya mereka telah bertunang.

Walaupun begitu, Cholo masih tidak dapat melupakan Jodi kerana cintanya terhadap Jodi begitu mendalam. Takdir telah menemukan semula Cholo dan Jenna. Cholo amat yakin bahawa Jenna ialah Jodi dan dia tidak akan berputus asa untuk membuktikannya. Tiada halangan bagi Cholo untuk membongkar penipuan Maita dan Eunice demi cinta sejatinya. Jangan lepaskan peluang untuk menonton siri drama Filipina yang hebat ini, Stairway Tο Heaven di slot Telenovela.


Dingdong Dantes and Rhian Ramos
Dingdong Dantes and Rhian Ramos Photos

Tiada ulasan :