Jumaat, Januari 28, 2011

sudahkah anda melakukan ujian PAP SMEAR

KEPENTINGAN PAP SMEAR

Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.

Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.

Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.

Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.

Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dab baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.

Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.

Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

  • Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
  • Mereka yang kerap bertukar pasangan.
  • Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?

Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.

Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.

Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.

Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.

Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:

  • Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.
  • Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.

Isnin, Januari 24, 2011

Contest Baby Tido



Jom join Contest Baby Tido..Terbuka kepada bayi yang berusia 2 Tahun ke bawah..


Kalau nak tahu lebih lanjut sila klik gambar di atas..



gambar Qistina yang sedang tido menonggeng

Nama : Nur Qistina Hasya
Umur : 10 Bulan 1 Minggu 1 Hari
Hubungan : Ibu dan Anak

Saya sukakan MyKawaiiStore kerana mempunyai dan menjual gadget2
,kids & Babies wear yang comel2 dengan harga yang berpatutan.


Tag :

naikkan berat badan


Ada yang gemuk nak kurus,yang kurus nak gemuk..Macam2 gelagat manusia kan.Tak pernah puas macam aku pown nak gemuk @ berisi(perkataan gemuk tu mgkin terlalu sensitif).Kalau terlalu kurus orang kata susah nak bergaya..Bila keluar nampak baju @ seluar terus beli,esoknya bila pakai &then tengok cermin terus tak jadi nak pakai sebab apa?alasannya nampak terlalu kurus sangatla, tak sesuai dengan kulitlah..Habis baju2 yang beli tu buat pekasam je dalam almari..HAHAHA..

Sebelum aku kahwin macam2 ubat dan susu pown aku minum tapi badan aku still macam ni..Orang kata tak berisi mungkin sebab keturunan,mungkin jugak aku ikut belah mak aku(mak aku kecik molek jer)..Dan orang sekalu cakap lepas kawin mesti berisi,aku dah anak sorang pown still macam dulu jugak tak naik2..Apa2 pown aku kena terima dan bersyukur apa yang ada dan sihat tubuh badan tanpa sebarang penyakit.


Tips Untuk Menaikkan Berat Badan

* makan makanan yang mengandung kalori lebih tinggi
* anda boleh mengganti nasi dengan roti karena kalori roti lebih besar daripada nasi
* Olahraga juga membantu menaikkan berat badan. Caranya adalah sehabis olahraga langsung makan makanan yang berkalori tinggi seperti roti, susu, kacang, dll.

p/s : ini je tips yang aku tahu

Jumaat, Januari 21, 2011

Muse - Unintended






You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I’ll always love
You could be the one who listens to my deepest inquisitions
You could be the one I’ll always love

I’ll be there as soon as I can
But I’m busy mending broken pieces of the life I had before

First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
She could never be as good as you

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You should be the one I’ll always love

I’ll be there as soon as I can
But I’m busy mending broken pieces of the life I had before

I’ll be there as soon as I can
But I’m busy mending broken pieces of the life I had before

Before you


suka dengar lagu ni..dengar sebelum tidur..

Selasa, Januari 18, 2011

teka teki(siapa dapat jawab)



Banyak-banyak mi,mi apa yang boleh makan
dengan ais?



siapa boleh jawab???

Khamis, Januari 13, 2011

lebam-lebam


Baru lepas hujan rasa sejuk sangat dekat ofis ni.kepala ni dok fikir macam mana nak gi ambik Qis.kalau bawak kereta mesti jem..Hari ni dah masuk 4 hari Qis dijaga pengasuh..
Alhamdulillah buat masa ni tiada apa2 masalah cuma aku rasa ragu2 sikit..mula2 aku tengok dekat dahi qis ada satu lebam aku masih ok lagi..malam semalam masa aku nak tukar baju qis nampak satu lebam lagi dekat bawah mulut ada calar..masa aku nampak tu terus terfikir napa boleh jadi macam tu,aku tak salahkan sesiapa mungkin qis aktif sangat kot,biasalah budak nak membesar(nak sedapkan hati),panjat sana sini..kadang2 duduk pown tak stabil lagi..

Aku nak tanya pendapat ape perasaan korang kalau terjadi macam tu?

Rabu, Januari 12, 2011

pelakon masuk ICU

seorang pelakon pembantu untuk filem Barajiwa telah dimasukkan ke ICU kerana dipercayai terbakar satu badan apabila melakonkan babak letupan di set pengambaran, malam tadi.

Pelakon yang dikenali sebagai Raffi Husin dikatakan sangat kritikal & sekarang berada di ICU Pusat Perubatan Universiti Malaya. Fizz Fairuz, pelakon yang turut berada di set menghantar tweet berkenaan berita ini memaklumkan bahawa pelakon tersebut akan keluar daripada ICU dalam masa 6 jam.

Raffi Husin, yang kini berusia 25 tahun berasal daripada Sabah dikatakan sedang bercinta dengan pelakon Emma Akma. Doakan yang terbaik untuk Raffi Husin, amin.

Credit to : oh Bulan

Isnin, Januari 10, 2011

Qistina


Hari pertama qistina tinggal dengan pengasuh..
Harap semuanya ok..
Rasa tak sabar nak gi ambik
dan tengok keadaannya disana..

Jumaat, Januari 07, 2011

pasha(ungu) dah kahwin...

Perempuan2 kat luar sana mesti frust menonggeng(betul ke ejaan ni)sebab pasha kegilaan korang sudah menamatkan zaman dudanye..Aku suke dengan lagu-lagunye yang memang best sgt2,kadang bile dengar sorang2 mesti rasa feeling jer...

Untungnye dia kawin dengan gadis Adelia Wilhelmina yang muda gitu,baru 21 tahun tau,orangnya cantik dan merupakan pramugari syarikat penerbangan Garuda.

Rabu, Januari 05, 2011

berusaha tangga kejayaan


Ape punya tajuk lah...berusaha tangga kejayaan,
aku dah banyak kali buat header blog ni tapi hape pown tak jadi lagi..
memang fail,rasanye sampai bile2 pown aku tak boleh buat header sendiri..
macam nak menangis(air mata sedang bertakung)..

komputer ofis ni aku dah cop untuk buat header,jadi aku akan duduk
kat sini sampai header aku siap..hahaha..


p/s:sesiapa yang pandai buat header tu tlg ajarkan blh tak??




Selasa, Januari 04, 2011

Hari yang ke 2



Hari ni hari yang ke 2 aku berjauhan dengan si kecil(Qistina).
2 hari bagaikan 2 tahun..
Hati ni rasa sunyi je,macam putus cinta je @ lebih teruk dari putus cinta..

Semalam call mak,mak bagitahu pkl 1 & 2 pagi qistina bangun
dan merangkak cari mama nye..merangkak satu tilam ke 1 tilam
tgk2 orang lain..nasib baik qistina tak menangis.masa mak cerita kelakuan Qistina
airmata aku dah bertakung..Yelah,aku tak pernah berjauhan dengan Qistina.

Aku terpaksa tinggalkan qistina dekat neneknya sebab aku tak jumpa lagi
baby sitter untuk jaga qistina.Aku harap minggu depan aku dapat ambil Qistina
aku dah tak tahan menanggung rindu.Tiap2 malam tengok gambar & Video dia.

Isnin, Januari 03, 2011

Shinjuku Incident



Filem Jackie Chan yang paling best.Aku rasa filem ni sudah lama tapi baru semalam aku tengok memang best.Dalam filem ni tiada gelak ketawa seperti filem2 jackie chan sebelum ni. Jackie Chan sangat-sangat serious dalam filem Shinjuku Incident yang ceritanya tentang pendatang asing China di Jepun. Dari tak ada apa-apa, Jackie Chan berjaya menyatu padukan pendatang-pendatang asing China ini untuk menguasai daerah Shinjuku.Rugi kalau tak tengok.

Sabtu, Januari 01, 2011

Tahun 2011

Selamat Tahun Baru 2011....saya tak dapat nak sambut
tahun baru & sekarang ni berada di kampung halaman.Apa azam tahun
baru ni yer...Aku pun tak terfikir,apa kata kalau aku tambah lagi seorang anak yang comel....huahahaha...lambat lagi kot,nak tengok Qistina membesar dulu.
Harap episod tahun ni akan berubah dan lebih baik dari tahun sebelum ni..

AMIN..