Jumaat, Julai 30, 2010

hukum bersunat bg anak perempuan

Berkhitan atau bersunat merupakan perkara yang disyari’atkan di dalam Islam. 
Namun para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;

Pertama; Menurut Imam Syafi’ie; hukum berkhitan (bersunat) adalah wajib ke atas lelaki dan juga perempuan.

Kedua; Mengikut Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Hasan al-Basri; berkhitan hukumnya sunat sahaja sama ada ke atas lelaki atau perempuan. Berdasarkan penjelasan Imam Nawawi; pandangan ini merupakan pandangan jumhur (majority) ulamak.

Ketiga; Imam Ahmad pula berpandangan; ia wajib ke atas lelaki sahaja. Adapun ke atas perempuan, ia digalakkan sahaja.




sepatutnye umur berapa yg sesuai untuk anak perempuan bersunat yer..sekarang nie Qistina dah 4 bulan lebih tidak bersunat lagi.Yang saya tahu belah mertua ckp umur 44hari dah boleh bersunat,belah mak saya plak baby dh merangkak bru blh bersunat.
 

Rabu, Julai 28, 2010

baby comel siri 1

kali ni sy nak update psl BABY COMEL..baby semuanya comel kan..sy memiliki baby yg comel sgt mgkn bg org tak comel tp bg sy ia sgtlah comel.Bile tgk je die semua tekanan yg ade dlm diri kite semuanya hilang.Baru bape jam x nmpk muka rsenye mcm 1 tahun tak jmpe..Blh jd gila tau klu die tak de..Ok2 utk baby comel yg pertama sy pilih ALIF RAYYAN RAFIQI,sy geram betul tgk alif,badan alif fuh semangat betul..


nama penuh : Alif Rayyan Rafiqi Bin Amir Hamzah
nama panggilan : nama panggilan alif nie byk,adik,sneijder @ ayip(ibu alif),jibam(ayah),jogentol(atuk)
Tarikh Lahir : 15 Mac 2010..
Umur : 4 bulan 1 minggu 6 hari
Benda die suke main: patung spongebob  , benda2 yg berloceng(yg bleh mengeluarkan bunyik )
Gelagat die paling kelakar: Mase kite marah die.. die akan jebik mulut die ..bukan main panjang lagik jebik die.. dalam 2-3 minit jebik baru dengar sore die menangis.. hihihi..

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang Alif nie blhla gi ke blog ibunye disini

Isnin, Julai 19, 2010

cara membuat hidup ini amat bermakna

Suke sgt baca tip2 nie..


1) Ingatlah mungkin anda tidak mendapatkan apa yang anda inginkan tetapi seringkali hal itu adalah sebuah keberuntungan yang baik. Tidak selalu mendapatkan apa yang anda mahu seringkali bererti bahawa ada sesuatu yang lebih baik berada di bali cakrawala. Anda perlu untuk bersabar dan tenang. Hal itu pasti akan datang pada waktunya.

2) Saat anda menyedari anda melakukan kekeliruan, segera ambil langkah-langkah perbaikan. Cepat ambil tindakan untuk menyelamatkan hubungan anda, menjelaskan kesalahan serta salah erti, dan lakukan tindakan yang diperlukan untuk menjaga keadaan dari kehancuran.

3) Hiduplah dalam kehidupan yang baik dan penuh kehormatan. Dengan demikian, maka pada saat anda tua dan menoleh ke belakang kehidupan, anda dapat menikmatinya untuk kali kedua . Hidup dalam kehormatan bererti anda meninggalkan warisan yang dapat diikuti oleh orang lain. Kemudian, anda dapat melakukan refleksi dan menikmati kembali saat-saat tersebut.

4) Suasana rumah yang penuh kasih sayang adalah pondasi hidup anda. Lakukan semua yang anda bisa untuk menciptakan suasana rumah yang harmonis dan tenang. Hal-hal kecil itu berharga, baik bagi anda mahupun orang lain. Nyalakan lilin beraroma di kamar anda, tiuplah busa-busa sabun dalam kamar mandi anda dengan musik lembut mengiringi. Tinggalkan pesan pada bantal pasangan anda atau keluarga anda yang menyatakan cinta kasih anda Saya Sayang Kamu.

5) Ingatlah: hubungan yang terbaik adalah hubungan di mana kasih anda untuk yang lain melebihi diri anda dari yang lain. Jadilah orang yang saling ketergantungan, bukan orang yang tergantung atau ikut-ikutan tergantung.

6) Kejujuran dan kepercayaan adalah hal yang paling penting dalam semua komunikasi anda dengan sesiapa, apatah lagi orang tersayang.

7) Tak seorang pun yang peduli seberapa banyak anda tahu sampai mereka tahu seberapa banyak anda peduli. Pesanan yang terbaik datang dari hati Tanamlah benih, lalu ambillahjarak, biarkan ia tumbuh, dan amatilah bagaimana benih itu bertunas. Sekali dalam setahun, pergilah ke suatu tempat yang belum pernah anda kunjungi. Tambahkan kegembiraan anda dengan membaginya pada orang-orang yang special di hati anda. Ciptakan kenangan. Menjelajahi tempat-tempat baru, mencapai cita rasa baru, mengalami pengalaman baru, dan bertemu kenalan-kenalan baru dapat membawa anda lebih dekat dan memperkaya makna hidup anda.

9) Hargailah hal-hal kecil. Berkongsilah dengan rakan-rakan baik anda, contohnya cokelat yang anda miliki. Sekalipun, semua itu adalah hal-hal kecil. Namun, hargailah.

10) Hubungi dan teleponlah mereka yang sudah lama tidak berhubungan dengan anda, hanya sekadar menunjukkan perhatian anda. Kebanyakan daripada rumahtangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tak lain tak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan, itu sahaja. Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.

ponteng sekolah

Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah.

Punca gejala ponteng

  1. Suasana persekitaran sekolah yang berubah akibat proses urbanisasi, seperti pembinaan arked permainan video, kafe siber atau pusat membeli-belah berhampiran sekolah
  2. Pengaruh media elektronik
  3. Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa
  4. Pengaruh rakan sebaya
  5. Persekitaran sekolah yang kurang kondusif serta dibebani tekanan, umpamanya guru yang terlalu garang.

Dlm family sy ade 2 org yg suke ponteng sekolah..sorg thun nie nak ambk PMR & UPSR..Mak sy dh tak tau nak wat ape dgn dorg nie..Yg UPSR tu smpi dh terima surat amaran yg terakhir..Pagi2 kejut msti x bgun buat badan keras,mak x blh nak angkat sbb die lg berat drpd mak sy,mcm2 mak sy dh ckp ngan die tp x jln gak..Pagi td pengetua ngan cikgu pergi rmh tanya mcm2,yg die tau anggukkan kepala je,die janji ngan pengetua,esok die pergi sekolah,xtaula btl ke x tp cikgu ade ckp ngan die pkl 8 pagi klu die xde kat sekolah cikgu akan dtg jemput.So ape2 kite tgkla pagi sok mcm mne..

Ade sesiapa yg blh bg cadangan mcm mne nak sruh die pergi sekolah..

    Rabu, Julai 14, 2010

    gmbr terbaru Qistina

    mse nie kat ofis,baik anak mama ni x meragam pown..

     mse ni plak mama bwk Qistina g putrajaya..

    Qistina bru bgn tido muke cam xde mood jer..First time pakai baju wrna merah..



    Isnin, Julai 12, 2010

    piala dunia 2010 (uruguay)

    Cite pasal bola tak abis lg nie,kali sy nak cite pasal penjaga gol negara uruguay..First time sy tgk negara uruguay nie masa lawan ngan negara mane ntah,sori dh lupa..Sekali tu sy tertgk penjaga gol uruguay namanya Fernando Muslera,muda btl die nie dh jadi penjaga gol dunia.Jom tgk pic die..


    • Squad No: 86
    • Position: Goalkeeper
    • Age: 24
    • Birth Date: Jun 16, 1986
    • Birth Place: Montevideo, Uruguay
    • Height: 6' 3" (1.90m)
    • Weight: 163 lbs (74 kg

    • URU
      • First international: Ecuador - Uruguay (10 October 2009)
       

    Jumaat, Julai 09, 2010

    PETUA KHUSYUK

    Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

    yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-

    "Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-
    yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]
     
    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:
     
    1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
     
    2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
     
    3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
     
    4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

    5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

    6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

    7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
     
    8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
     
    9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
     
    10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

    11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
     
    12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
     
    13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
     
    14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
     
    15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
     
    Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
     
    Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."
     
    Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:
    "Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

    Rabu, Julai 07, 2010

    fasha sandha kena kutuk kat BiPop


    HEBOH juga dalam industri hiburan apabila aktres cantik yang penuh kontroversi, Fasha Sandha berani buat kenyataan kini dia sedang bercinta dengan bekas suami pelakon Nora Danish, Toh Muda Rizal Ashram Ramli. Mungkin ramai peminat dan mereka yang tidak ikuti perkembangan kisah Fasha dengan Rizal Ashram yang lebih mesra dipanggil Jejai itu adalah satu kisah panas dan mengejutkan.Sebenarnya tidak. Di kalangan wartawan hiburan memang dah lama tahu mereka nampak macam sedang bercinta sebab ada saja gosip yang didengar mengenai kemesraan mereka termasuk pernah dilihat bersama di pusat karaoke dan pusat hiburan, selain yang terbaru pertemuan mereka di Pulau Lang Tengah, Terengganu, baru-baru ini. Pertemuan itu dapat perhatian sebab Jejai sanggup naik helikopter untuk buat surprise kepada Fasha yang ketika itu sedang mengikuti penggambaran sebuah drama di situ.

    Kak Pora sebenarnya tak terkejutlah bila dapat tahu Fasha buat pengakuan dia mengaku sedang bercinta dengan Fasha. Fasha memang berani beri kenyataan sebegitu. Dulu, ada juga dia mengaku sedang bercinta seorang kerabat diraja Johor dan beriya-iya mengaku memang ada hubungan istimewa tetapi kesudahannya tidak betul pun cerita tu! Begitu juga kenyataan cintanya dengan lelaki lain termasuk Qabir Ambak, seorang jaguh ekuestrian negara. Dalam kenyataannya pada Rabu lalu, Fasha juga beritahu wartawan, dia sebenarnya dah kenal Jejai tujuh tahun lalu dan dia tidak pasti masa itu sekadar untuk seronok berkawan atau menguntum cinta. Maksudnya, dalam tempoh itu memang mereka ada hubungan baik dan lebih daripada seorang kawan biasa.

    Kak Pora teringat lagi, masa Jejai nak bercerai dengan Nora Danish dulu, kecoh juga apabila Fasha dikaitkan sebagai pengacau dan perosak rumah tangga orang. Tetapi Fasha menafikan. Sekarang tentu orang kata sudah terang lagi bersuluh. Tentulah ramai yang akan buat persepsi khabar angin yang mengatakan Fasha menjadi punca rumah tangga Nora dan Jejai hancur berkecai dulu, kini sudah terbukti. Susah fasha nak tepis kalau orang kata macam tu, sebab situasinya memang nampak Fasha yang menjadi puncanya meskipun Fasha sendiri sudah menafikannya.

    Kalau tak masakan sampai sekarang Nora dan Fasha tak boleh bersua muka. Entahlah masih terbayang wajah comel Nora yang derita mengusung perut yang sarat mengandung ketika diceraikan. Tapi, biasalah siapa nak mengaku, kan? Dan beberapa foto yang sering tersebar di internet bukan kes aniaya Fasha, sebaliknya nak tunjuk kebenaran Fasha dan Jejai sememangnya menjalin hubungan cinta. Cuma, pengakuan Fasha bahawa dia kini sedang bercinta dengan Jejai begitu lambat dibuat.

    Kak Pora sebenarnya dah letih rasanya tengok Fasha ‘main wayang’! Kak Pora pelik juga, kenapa sekarang baru nak mengaku? Bila dah timbul cerita Tiz Zaqyah cuba merebut cinta Jejai, tahu pula Fasha macam takut saja. Kalau Tiz rampas sekalipun ketika itu rasanya tak salah, mereka kan tak bercinta lagi. Ini barulah kes buku bertemu ruas…
    Nak tergelak juga baca kenyataan Fasha: “Memang Jejai kekasih saya. Saya mengaku kerana sekarang kami sah bercinta. Dulu, saya tak mengaku kerana belum ada kata putus. Hubungan kami atas dasar persefahaman kerana kami berkenalan selama tujuh tahun. Entahlah, susah Kak Pora nak percaya kenyataan artis bernama Fasha Sandha.

    Fasha ni selalu propa dan buat gimik murahan untuk menarik perhatian umum. Maklumlah dirinya dah suam-suam kuku, kenalah buat gimik panas. Dan pengakuan bercinta dengan Jejai adalah gimik terbaru Fasha. Sudah-sudahlah Fasha, Kak Pora dah muak rasanya. Bukan ke sejak dulu lagi Fasha memang tergila-gilakan Jejai?

    Kak Pora bangkitkan soal ini sebab Jejai tak buat pun kenyataan yang dia cintakan fasha! Apa buktinya. Suka berkawan dan suka bersama untuk bermesra tidak semestinya cinta sejati seperti pasangan yang sedang bercinta. Jejai kena tampil untuk buktikan kenyataan Fasha itu benar dan sahih, selain kena mengaku cinta mereka itu ikhlas untuk ke jenjang pelamin. Kak Pora cabar Jejai dan Fasha! Desas-desu lain yang Kak Pora dengar, emak Jejai dikatakan tak restui hubungan Fasha dengan anak lelakinya itu. Kita tunggu sejauh mana cerita ini terus menjadi panas dan hangit…


    p/s : hemm..xtaula sampai bile nak abis cite psl fasha sandha nie..

    Isnin, Julai 05, 2010

    maaf - saleem

    Berakhirku di pintu besi
    Lamanya ku terkurung sepi
    Membuang lamunan kehayunkan kaki
    Masih adakah pintu maaf di hati
    Untuk diriku ini

    Sesampainya di depan rumahku
    Ku hanya berdiri terpaku
    Ingin bertemu... bersama dirimu
    Tetapi rasa hati malu
    Ku mengecewakanmu

    Aku sedari ku insafi
    Tak ingin lagi ku ulangi
    Hidup di buih
    Yang terasa menyiksa diri

    Berikanlah aku pintu maafmu
    Atas segala kesalahanku
    Berikanlah aku kunci hatimu
    Hulurkanlah jabat tanganku

    Jangan samakan aku
    seperti dahulu
    Kini aku telah berubah
    Dalam hidupku



    Jumaat, Julai 02, 2010

    tag

    sy ambl tag nie dari blog farah nak mencuba jwb tag nie..

    1. Apa yang bermain difikiran you all sekarang?
       - cuti ni nak g jln2

    2. Apakah nama samaran you all?
       - nurul,riza,ija,iza

    3. Berikan 3 orang yang you all sayang?
       - suami,Qistina & family

    4. Panggilan untuk si dia.
       - Abg @ ayah

    5. Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa.
       - byk
    6. Blog mana yang you all suka visit?
       -  Ynn
       -  Rara
          -  Mieya 
        - fyka
    7. Tag kan kepada 15 blogger you all.[wajib ambik nie!!]
       - sape yg baca blog nie ambik la tag nie..