Khamis, November 22, 2012

kesayanganku



Sabtu, September 22, 2012

Doa Indah

"Ya Allah, tunjukkan kpd hamba bahwa yang benar itu benar dan berilah kami kemampuan untuk melaksanakannya."


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, September 18, 2012

~suami isteri solehah~





Selasa, September 11, 2012

27 thn

Alhamdulillah genap sudah umur aku 27 thn.muda lagi tuh..huhhu

Semoga aku diberikan kesihatan yang baik,dan bahagia bersama org tersayang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, September 10, 2012

Madah

Tak perlu mencari teman secantik Balqis
Andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusuf,jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim,andai diri tak sekuat Siti hajar.
Dan mengapa mendambakan teman hidup bak Siti Khadijah.
Kalau diri tak sesempurna Rasulullah.
Bimbinglah dirinya & terimalah kekurangan itu sebagai keunikan.carilah kebaikan pada dirinya,bersyukurlah kerana dipertemukan denganya dan tetaplah berdoa agar dia akan terus bersamamu hingga ke akhir hayat..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, September 07, 2012

Syawal

Update gambar jer
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, Ogos 15, 2012

Wordless Wednesday #10


Jumaat, Ogos 03, 2012

~Cantik tak~

Sekali pandang terus suka kain tu.
Suami pon suka
Terus beli dan petang tu jugak hantar upah
Jahit..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, Julai 27, 2012

~ Doa Seorang Isteri ~

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..

Khamis, Julai 26, 2012

~ Tema ~



Tema tahun ni kaler oren plan ingat nak caler grey tapi tengok2 balik kaler oren yang lebih menarik.
Macam puasa penuh jer nak tema2 ni kan. :p..Sebenarnya kain tak beli lagi ni macam mana nak hantar upah jahit.Harap esok en suami dah dapat gaji boleh bodek beli kain untuk baju sepasang,sepasang pon dah cukup.


Cantiknya baju macam ni kan,sesuai ke untuk aku yang kurus keding ni..hewww..


Jumaat, Julai 20, 2012

~Hitam~

Melambangkan sofistikated.

Meluahkan sesuatu secara rasmi,sugul dan dramatik.

Membuatkan yang muda kelihatan dewasa.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, Julai 12, 2012

Novel

Dah lama tak baca novel,sebelum kawin boleh baca novel dalam masa 1@2 hari.

Sekarang ni ambil masa 2,3 minggu baru habis.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, Julai 11, 2012

Mahal betul

Sejak 2,3 hari ni aku sudah mula berkira-kira.sebelum ni aku malas nak ambik tahu semua makanan harganya berapa.

Memandangkan hari ni aku makan mee sup dengan harga RM5.00 + sirap limau RM1.50 total RM 6.50,semalam makan nasi putih + daging masak merah + sirap limau total RM 6.50 lebih baik aku makan nasi kenyang skit.

Lepas ni kena suruh tokey tu kira sendiri,nak makan kat tempat lain semua jauh.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, Julai 03, 2012

~letak gambar jelah~




Isnin, Jun 18, 2012

~akur janji~


Tak pernah ku menduga
Kan bertemu denganmu
Bersatu di alam cinta
Tak pernah ku merasa
Bahagia begini
Di sisimu
Kekasih ku sayang kan kamu
Cintaku kasihku untukmu
Kekasih hanya kau ku mahu
Hidup dan mati bersamamu
Akur janji setia padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu
Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu
Aku tak bisa sendiri tanpamu
Sedetik pun ku tak mampu
Sejuk hatiku oh tenang jiwaku
Memandangmu
Hatiku hatimu telah bertemu
Sayangmu sayangku jadi satu
Rindumu rinduku disimpulkan
Terciptalah sebuah ikatan
Akur janji setia ku padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu
Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu
Ku percaya
Jodohku denganmu
Ku percaya
Kau permaisuriku
Ku percaya
Kasih sayang kita kan kekal abadi
Moga Tuhan merestui

credit :liriklagu

Selasa, Jun 12, 2012

Wordless Wednesday #9


Khamis, Jun 07, 2012

"Somebody That I Used To Know"

Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
Told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can get addicted to a certain kind of sadness
Like resignation to the end, always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad it was over

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and that feels so rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know

Rabu, Mei 16, 2012

Wordless Wednesday #8


Selasa, Mei 15, 2012

~kebaikan buah manjakani~

Salam..

Baru2 ni aku ada sedikit masalah kesihatan dalaman,macam serius je kan tapi takde serius sangat masih boleh di awasi.. :)
Dan masa yang sama aku ada mengadu kat mak,dekat mak lah tempat selalu mengadu
nak mengadu kat suami macam malu pulak..

Lepas mengadu bla bla bla kat mak,mak suruh cuba minum air manjakani..

ni buah manjakani


Kebaikan Manjakani :


  • Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
  •  Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
  • Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
  • Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
  • Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
  • Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
  • Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
  • Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
  • Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
  • Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
  •  Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalannya sangat berkesan digunakan untuk rawatan payudara.
Alhamdulillah selepas aku minum air manjakani,masalah yang aku hadapi semakin pulih.



Jumaat, April 20, 2012

kata-kata

Luka terdalam adalah yang tak terlihat oleh mata.
Kesedihan terdalam adalah yang tak terucap oleh kata-kata.
Akan ada ketenangan disebalik kegelisahan,ada tawa disebalik air mata.

Ya Allah!,sertakan aku di dalam setiap langkahku..
Segeralah beranjak dari masa lalu menuju masa depan dengan harapan yang baru,
patahkan segala keraguanku..
Jangan biarkan hidupku penuh dengan rasa sedih,marah dan benci.
Bebaskan diri dari rasa sakit di musim yang lalu itu...

Rabu, April 18, 2012

Wordless Wednesday #7


Selasa, April 17, 2012

jalan-jalan melaka

Salam
Cite dah lama tapi nak update jugak buat kenangan dalam blog..hehe
Sabtu 7hb April terpaksa keje halfday sebab nak menghadirkan diri dalam majlis perkahwinan Ajue
Dah lama kenal dengan family Ajue & kak mira dari sebelum aku kawin lagi.

disebabkan suami dan qistina belum pernah gi melaka lagi jadi inilah masanya kita jalan2 disana yer dokk..huhu



Qis malu2 duduk dgn pakngah



ayah excited jumpa pakcik beca





Ahad, April 01, 2012

april




April sudah,cepat betul masa berlalu :) aku harap dapat tempuhi hari2 yang mendatang penuh sabar dan tabah.
Jom gi cari baju baru..hehe

Jumaat, Mac 16, 2012

hepi for u

Salam..

Berita gembira lagi yehooo :) satu-satu adik pompuan aku pregnant.
Amboii cepat je ko kan =p
akak ko ni pon dulu ambik masa 3 bulan jugak tau itupon puas aku cari kat 
google nak hamil awaii..huhu

Adik aku kawin 28/01/2012 mungkin rezeki dia awal ,bunting pelamin agaknya kannn.
tahniah yer..


jagalah ia seperti ko menjaga diri ko sendiri.
tak lama lagi qis ada kawan la,boleh buli. 
tok dengan wan pon dah bertambahla cucunya kan.

Khamis, Mac 15, 2012

jangan mudah mengalah

Berada dalam titik terendah,. bukan bererti kita kalah,.
Berada dalam keadaan susah,. bukan bererti harus mengalah,. 

Titik terendah mengajarkan kita untuk dapat berubah,. keadaan yang susah menyuruh kita untuk jangan pernah menyerah,. 

Walau hidup tak mudah,. jalanilah dengan indah,. 
Mesti hidup x terasa lelah,. jangan pernah berhenti untuk melangkah,.

Rabu, Mac 14, 2012

ww~rindu saat ini

Kandungan 7 bulan

Selasa, Mac 13, 2012

keloid

Salam..
Korang pernah dengar tak penyakit Keloid,keloid ni sejenis penyakit kulit
cuba tengok gambar ni..

gambar dari google

PENGERTIAN
Keloid adalah benjolan padat di kulit (berwarna kecoklatan, kemerahan) yang merupakan pertumbuhan berlebihan jaringan fibrosa setelah penyembuhan luka. Benjolan ini (keloid) makin luas melebihi batas luka dan sering terasa gatal.

Penyakit terjadi pada diri aku jugak,mula2 jadi dekat bahu bekas injection BCG asalnya keloid tu naik kecik jer yang tak tahannya ialah rasa gatal sangat dan ada masanya terlalu sakit.
Aku ingat lagi masa tu  form 2 sebab tak tahan sakit dan gatal aku pegi klinik dan doktor syorkan buat pembedahan untuk buang aku terima..sesiapa nak buat pembedahan tu lebih baik tak payah sebab benda tu akan naik lebih besar.

2,3 bulan selepas pembedahan benda tu naik dengan besarnya tanpa segan silu ia membesar dan dah jadi macam lukisan pulak kat bahu ni.. =) tak boleh la nak pkai singlet ..huhu

skrg ni naik pulak dekat dada sesiapa yang ternampak tu jangan ingat aku buat love bite yer.. :)
benda ni naik secara tiba2 je tau,dan disebabkan luka jugak.

Selasa, Mac 06, 2012

Air Terjun Chamang

Salam
Cite dah lama
Layan gambar jelah yerrr.. :)

Ayah dengan senyuman..susah nak tgk ayah senyum macam ni..



Wan melayan cucunya yang takot dgn air..






Air Terjun Chamang ni dekat dengan Bandar Bentong..
Air bersih,boleh pasang khemah ,ada tempat BBQ.

Selasa, Februari 28, 2012

berita gembira lagi

Salam


Tahniah untuk sepupuku selamat melahirkan baby boy yang comelll pada 22.02.2012 
cantik betul tarikh tu kan :)
Sepatutnya due bulan 3 ni mungkin baby dah tak sabar nak kuar kan..huhuhu


rasa nak cubit2 pipi tu..suka pegang baby sebab kulit baby lembut jer..
Suka betul tok & wan sebab nilah satu2nye penghibur lelaki dalam family,adik beradik sepupu aku ni semuanya pompuan.



masa ni baby kena kuning , kesian 2 belah kaki kena ambil darah..sepatutnya kena masuk wad disebabkan wad dah penuh diberi pelepasan..ingat lagi masa qistina dulu bila dengar qistina kena ambil darah terus aku tak lalu makan dan menangis,yelah masa tu berat qistina 2.3kg bayangkanlah besar mana kena ambil darah pulak tu..dengar pun dah gerun apalagi kalau tengok depan mata sendiri..alahaii pengsan terus..huhu :)


buat masa ni nama baby dirahsiakan,ibu nye cakap dah daftar nanti baru boleh bagitau..(saya dah tau..huhu..kena amanah) tunggu....

Selasa, Februari 21, 2012

Kini dah bergelar MAMA

Salam

Tahniah to ila kerana selamat melahirkan baby girl yang comel lote tu..Lahir pada 18.02.2012 seberat 3.04 kg..Tarikh lahir tu sama dgn my asben..

Nama baby Dhia Nur Asyfa,suka sgt dgn nama tu..Semoga menjadi anak yang solehah ye syg..

Selasa, Februari 14, 2012

Akhirnya selesai sudah

Salam..

Akhirnya selesai Majlis kawin satu2nya adik perempuan aku 
yang berlangsung pada 28hb ari tu.



Aku rasa sedikit sedih dan sunyi sebab sebelum ni kami tinggal bersama.ketiadaannya aku terasa sgt.sekarang masing2 dah ada family sendiri.




Gambar ni masa akad nikah 27.01.2012 selepas asar.Muka kami sama tak?orang cakap kami ni kembar.
Qistina ni pantang nampak bedak,tengok mukanya comot dengan bedak.


Ini gambar family belah abah,ada lagi yang tak masuk.