Rabu, Mac 30, 2011

☺ Muhasabah diri ☺



Mengingatkan zaman persekolahan untuk menyedarkan diri tentang tanggungjawab anak kepada ibubapa.begitu besar pengorbanan ibubapa untuk membesarkan anak2 mereka.

Isnin, Mac 28, 2011

kuey teow kung fu


nyum..nyummm..
for lunch
pertama kali mkn KUEY TEOW KUNGFU..

Jumaat, Mac 25, 2011

Siapa TOP REFERER FA? Giveaway


Jom join Giveaway yang dianjurkan

Cuba nasib mana tahu terpilih untuk menang hadiah menarik sekali,
terima kasih dekat mama adam sebab tag aku.

Hadiah:
Jam tangan @ handbag


Tarikh Tutup penyertaan:
31 Mei 2011

Untuk meriahkan lagi Giveaway ni
aku tag :

Jumaat, Mac 18, 2011

Peristiwa yang tidak dapat dilupakan

Peristiwa yang aku tak dapat lupakan semasa
melahirkan Qistina
terdengar nurse tu cakap 'panjangnya uri die'
orang kata bintik2 hitam yang ada dekat uri tu ialah
bilangan anak kita(tak tahulah betul ke x)

kena 2 kali jahitan mula2 doktor pelatih jahit
pastu boleh pulak die tinggal macam tu je
nurse tgk geleng kepala nurse tu
ade ke patut doktor jahit cincai2 je.
terpaksa bukak balik dan jahit balik semula
first jahitan aku tak rasa apa2 lagi
masuk kali ke 2 menjeritlah aku siap cengkam lengan
nurse lagi sakit tau.

lepas siap jahit salah seorang nurse tanya aku
nak tgk baby x,aku ckp nak la lagi x sabor nak tgk.
dgn riangnya nurse pulak terlebih excited
die tunjukkan baby yang berselimutkan dgn kain kuning.
dengan tiba2 aku ckp 'eh,ni bukan anak sy..seingatkan aku
kak ipar dah siapkan pakaian dengan selimut tapi selimut warna biru
bukan warna kuning.nurse tu tak percaya ada pulak die
suruh aku tengok betul2.last tgk tag dekat kaki
mmg sah lah tu bukan anak aku.
nasib baik aku perasan kalau x mmg tertukarla.

aku rasa bahagia dengan kehadiran Nur Qistina Hasya


♥ masa ni suami dalam bas
tak dapat menemani aku.

Khamis, Mac 17, 2011

Genap setahun


Semalam genap setahun umur Nur Qistina Hasya 16/03/2010 (2213pm)
Hospital Raja Perempuan Zainab 2,Kota Bharu Kelantan
Berat masa lahir hanya 2.3kg,kecik sekarang ni dah 8.2kg mcm
kecik jugak rasa tak sesuai dengan umur Qis sekarang ni tapi alhamdulillah
tiada penyakit.masa berlalu dengan pantas rupanya
dah besar anak mama ni.mama doakan semoga anak mama ni sihat selalu
menjadi anak yang solehah.Time kasih kat mak ngah belikan kek untuk Qis.

Perkembangan terbaru Qistina
dah pandai panggil "yah" maksudnya ayah
dah pandai berjalan tapi "malas" hanya berdiri saja.
bila bangun tido je menangis ajak ayah keluar.
baru tumbuh 3 batang gigi 2 diatas (gigi kapak) 1 bawah.
Tiba2 teringat pengalaman semasa melahirkan Qistina.
pengalaman yang tidak dapat dilupakan
next entry



Selasa, Mac 15, 2011

☺ Bahaya Bisphenol A ☺

  • Sejenis bahan kimia sintetik yang boleh menjejaskan fungsi kelenjar yang membentuk rangkaian sistem endokrin termasuk tiroid,pituitari,pankreas,adrenal ovari dan testis.
  • Berupaya menganggu hormon yang boleh menjejaskan organ pembiakan serta memberi kesan buruk kepada tumor.
  • Mampu menjadi punca perkembangan tisu kanser payu dara selain memberi kesan kepada perkembangan prostat dengan mengurangkan bilangan sperma.
  • Boleh meniru hormon semula jadi dalam tubuh seseorang dan akan menganggu proses biologi seseorang.
  • Menyebabkan sel-sel dalam tubuh tidak dapat menerima insulin yang ada di dalam tubuh seseorang sehingga mendedahkan individu terbabit kepada serangan diabetis.
  • Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat lutsinar dan lebih jernih berbanding botol lain yang agak kabur.


Sumber : Arkib Kosmo!

Khamis, Mac 10, 2011

Dah bagi tapi nak lagi

[HAHAHA] Abaikan tajuk di atas tu yer dan jangan salah anggap.Sebenarnya rasa marah dengan cara kerja orang di atas.kenapa invoice dan senarai kerja untuk tahun 2008 dan 2009 yang sudah lepas tu baru sekarang nak tanya,ni dah tahun 2011.kalau setakat invoice den boleh cari balik @ print balik tapi senarai kerja tu mana den nak carik[haiyaa]..terpaksa buat balik semua tu.kalau nak suruh pengurus bank tandatangan balik memang dorang tak akan tandatangan.

Setahu aku semua tu aku sudah hantar ke ibu pejabat kenapa dorang mintak balik,berapa banyak stok dorang nak simpan kat sana aku tak tahulah.bila aku hantar semua tu,dorang hantar balik kat aku,pastu dorang mintak balik..aku poning la..

Bila bos pergi ibu pejabat tanya dorang,korang nak tahu dorang cari dokument tu dekat mana,dekat bawah tong sampah..geram jer..

Selasa, Mac 08, 2011

tak dihargai

tiba-tiba rasa diri tak dihargai
malam-malam buta ni rasa feeling pulak
dah2 malas nak layan perasaan ni
apa lagi jom tido..

Rabu, Mac 02, 2011

muntah dan cirit birit

Hai sume..

Baru sempat nak update blog yang tak seberapa nie di
tempat yang sunyi ni,tinggal aku sorang dekat opis orang lain sume dah balik.
Baru-baru ni terkejut dengan keadaan Qis tiba2 terkena muntah2 dan
cirit-birit,kesian tgk Qis tak bermaya langsung tgk muka qis.
dah tak aktif macam sebelum ni.
Sekarang ni dah kurang sikit muntah2 dan cirit birit
demam je.minum susu kurang,mkn lagilah tak nak
cuma minum air masak jer.
inilah kali pertama Qis sakit begitu teruk.

Hujung bulan ni aku sibuk sgt tak sempat nak jaga Qis masa
sakit terpaksalah hantar dekat pengasuh,
nasib baik Qis tak meragam.



Pic ni masa Qis sakit,muka tak bermaya..mak aku pakaikan tali kasut kat leher cucunya untuk mengelakkan muntah.nampak tak tali kasut tu..hihihihi



Pic ni sebelum qis sakit,mukanya nampak ceria jer..geram tgk pipi dia..
sekarang ni pipi yang tembam tu dah tak ada..huhuhu


Qis cepat sembuh yer..mama rindukan gurau senda qis.