Rabu, Disember 21, 2011

WW




Semoga menjadi anak yang solehah

Isnin, Disember 19, 2011

Kasut lagi

Salam..

Sabtu lepas dapat tahu dari adik ada jualan kasut murah2..
Esoknya terus gi serbu,memang murah2 RM15 keatas
macam dah tak ada kasut kan padahal kat umah masih banyak lagi.
cuma pilih je nak pakai yang mana 1.

Kasut pilihan aku nampak simple jer



Sabtu, Disember 17, 2011

Untukmu

Pesanan buat lelaki,
Jagalah hati wanita yang berada disisimu dan hargailah dia.. Sayangilah dirinya seperti mana dia menyayangi dirimu.. Jangan biarkan airmatanya mengalir dan menangis kerana sikap egomu.. Kerana kamu tidak pernah tahu, mungkin ada seseorang di luar sana berusaha memenangi hatinya.. Dan tidak akan biarkan dia derita kesedihan.. Berusaha untuk membuatnya tersenyum..^_^



credit to:asmawani

Rabu, November 23, 2011

Bercuti di Johor (Part 2)

Sabtu

Qistina dah mula buat perangai sikit2 ekkk,sikit ekk sebab tak cukup tido

bila nak tidokan taknak tido pulak.memang menguji kesabaran.terpaksa layankan jugak karenah anak walaupon dalam keadaan
penat.kalau kita tak layan anak sape lagi nak layan kan.

Ahad

Pukul 12 tghari bersiap nak gi kenduri belah pengantin perempuan(pengantin lelaki sepupu suami)
Baru aku tahu adat orang johor kawin - ade tol sebelum ni aku tak pernah tgk.

Pukul 3 ptg terus gerak balik kl..

Selasa, November 22, 2011

Bercuti di johor

Salam

Gerak dari umah 9.30 mlm dan sampai di Johor (Kota Masai) pkl 1.30 pagi,cepat jgk sampai :)

Sampai2 terus cari bantal tak tahan mengantuk..Qis pulak buat perangai tak nak tido..Nasib baik ade bibik 2 orang dan mok nik (makcik asben) yang nak melayan karenah qistina..
Masa ni bibik n moknik nak masak tuk jualan pagi esok.

Aku n asben tido tapi aku xdelah tido mati tak sedar ape2..tak lena tido kalau qistina takde dekat sebelah..kadang2 aku intai qis dekat dapur,qis dok tgk bibik n moknik masak sampai pukul 6 pagi..tahan betul mata si kecik tu..

EH,nak balik dah..nanti sambung pulak ke part 2 yer..

Bye



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Testing

Ini kali ketiga cuba update blog guna bb..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, November 16, 2011

selipar baru

salam..

Hari minggu kalau tak ada apa2 plan aku lebih suka balik kampung :)
dapat makan macam2..

Dah banyak kali abah aku (tok wan) ternampak qistina pakai selipar besar 
qis pulak pantang nampak selipar tu terus pakai,macam dah besar sangatlah ..
disebabkan takot qistina jatuh abah terus gi beli selipar lebih kecik untuk dia.

 nampak comel jer 



suka sentengkan seluar.

Jumaat, November 11, 2011

Sekadar perkongsian





dulu hamba sendiri dgr lagu2 sblm tidur..kdg2 s...ampai tak tertutup lagu tu..satu hari....ibuku menegurku, 'kalau lah mati dalam tidur mcm mana?? bknnya kalimah ALLAH yg didgr, tapi alunan muzik!!!'..

....jadi di sini ada sedikit perkongsian dan ingatan bg rakan2 dan diriku juga.. =)

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrahmaanirrahiim,

Qulhuallahu ahad' Allahushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrahmaanirrohiim, Allahumma sollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu allahu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain...

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan (beristiqamah wlaupun sdikit) bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


credit to :Ustaz Nasir

Jumaat, November 04, 2011

penghiburku


Bila teringat gelagat anak kadang2 tersenyum sorang2.
 Bila orang pegang henpon,dia pon nak pegang jugak.bagi  yang cikai terus buang.die tau tu henpon murah.nak pegang hp mama die jugak macam tau je yang mama punya lebih canggih kan..

 Dah pandai nak berborak dengan orang ,bila berborak dengan mama,mama layankan jelah buat2 paham je.


Selasa, Oktober 25, 2011

Menu tengahari





Menu tengahari yang simple..Jalan laju2 gi kedai
kalau lambat,makan kuah jelah.
Mintak nasi separuh,memang separuh betul 
akak kedai tu bagi..
Harga agak berpatutan,dan yang paling 
best agak sedap jugak masakannya.


                                                                                                    * Perut dah kenyang mata pulak ngantokk..

Sabtu, Oktober 22, 2011

Opera Van Java bersama Safee Sali

Salam

Korang pernah tengok tak cerita komedi Opera Van Java
dari indonesia.
komedi ni ditayangkan dekat Astro 141.Komedi ni memang best
asyik gelak jer.Suami aku yang tak minat tengok terus jadi minat.
Yang best ada satu siri "Cinta Tragis Palsu Ciin"
Pemain bola sepak dari Malaysia Safee Sali
telah berlakon sekali dalam siri ni..





Rabu, Oktober 19, 2011

Wordless Wednesday #3


Rabu, Oktober 12, 2011

temerloh + genting highland

Salam..



Hari ahad aku sekeluarga + sepupu dan kawan sekampung telah menghadiri majlis kawin kawan kami masa belajar di ITTAR dulu.Gerak dri rumah 10.30 pagi smpi di sana tepat pukul 12 tghari dan terus serbu bilik pengantin.


tahniah eyna..semoga kekal ke akhir hayat.

ini je gambar yang aku ada =D 
Gambar aku dengan pengantin dekat dalam camera sepupu.. 

Cepat2 makan terus bergerak ke genting highland satu jalan je kalau tak singgah bila lagi dapat pegi. aku dah lama nak bwk qistina gi sana.


qistina yg mengantuk






 kitaorg tak duduk lama kat sana sebab qistina dah buat perangai [mengantok]
cari Taman strawberi yang ceeramoon cite tu tak jmpe..Taman tu dekat mana yer..hihihi =D

kepada sepupu dgn siti fatimah,lainkali kita gi jln2 lagi yer..




Selasa, Oktober 11, 2011

jalan-jalan

Assalamualaikum..


Hari sabtu dengan ahad penuh dengan aktiviti penat + sakit kaki tak hilang lagi tapi kan bab2 berjalan ni memang aku suka :)

Ari sabtu petang bawak sepupu gi cari baju mengandung dekat Jusco,lepas dh jmpe baju terus serbu ke kfc sudah puas berjalan mestilah kena makan baru bersemangat nak berjalan balik =D

qistina yg susah nak ambil gambar

 Sesi menghabiskan duit lagi,sepupu aku nak cari hanphone plak kitaorg terus ke pertama dekat sini yang aku tahu ade hanphone murah2..nasib baik aku blh tahan nafsu lagi kalau tak nak je aku sambar satu handphone sony ericsson.sepupu aku sambar 3 hanphone kayoo tu.. =]









Selasa, September 27, 2011

Berjangkit

assalamualaikum

Hari ni dah masuk hari ke 6 aku demam
masih tak sihat lagi.aku gagahkan juga gi kerja.
Duduk rumah pown tak tahu nak buat apa.
aku rasa sikit terkilan sebab Qistina
dah berjangkit dengan aku.
alhamdulillah qistina tak meragam masih
lagi aktif.

Isnin, September 26, 2011

terguris

ia kekal hanya pada masa kita suka, gembira & senang sahaja.
Tetapi apabila kita berada dalam keadaan sedih, duka & menghadapi
situasi serta masalah besar dalam kehidupan, mereka akan meninggalkan
kita keseorangan.

Rabu, September 21, 2011

Demam

Cuaca sekarang tak menentu dan skrg aku dh dijangkiti virus selsema dan batuk (x suka)..
Selagi blh bertahan aku x kan mkn ubat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, September 15, 2011

Percubaan

Test
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, September 09, 2011

Hari Raya


Rasanya tak terlambat lagi nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.
Tahun raya paling meriah sebab qistina dah pandai berjalan dan pertama kali saya dapat tengok qistina memakai baju kurung.Dan tahun ni pulak saya beraya di 2 tempat kelantan dan kedah.

  • Kelantan kampung halaman suami , kedah kampung halaman mak.
  • 2 hari sebelum raya sampai raya ke 3 beraya di kelantan.

  • raya ke 4 dan ke 5 beraya di kedah.(masa ni abah bawak jalan di padang besar dan gua
    kelam ni dah masuk masuk kawasan perlis)
Tak tau nak cite ape dah kita tengok gambar jelah..


gambar ni dekat Padang Besar..


qistina bersama ayahnya..thn ni tema berwarna merah..








Rabu, Julai 27, 2011

Wordless Wednesday #2

Selasa, Julai 26, 2011

Sharifah Qisya Qaisara

Dari hari jumaat jadual penuh dengan aktiviti orang lain nak bersalin aku yang terlebih sibuk..
aku yang rasa terlebih excited.

23.07.2011 pukul 03.07am lahirlah baby perempuan beratnya 2.67kg,yang diberi nama Sharifah Qisha Qaisara.
Bila tengok baby yang kulitnya lembut tu,bau yang wangi tiba2 aku rasa macam alaaa..nak baby jugak..malas nak cite panjang tengok gambar jelah...♥


Khamis, Julai 07, 2011

Spontaneous Thursday #1

Semakin tinggi malunya, semakin erat kasih dan sayangnya. 'Semakin malu, semakin laku!'

Isnin, Julai 04, 2011

Julai

Masa berlalu dgn pantas
anak pown sudah semakin besar.
banyak peelnya yang kadang2
mencuitkan hati,nak marah
tiba2 boleh tergelak besar.Dah pandai merajuk
smpi tertonggeng2 bontot klu merajuk.





Rabu, Jun 22, 2011

Wordless wednesday #1

Isnin, Jun 20, 2011

pengasuhan penuh kasih sayang

Niat
Ibu bapa perlu menetapkan setiap apa yang ingin dilakukan haruslah dimulakan dengan niat.Jika niat mereka adalah untuk menyusukan anaknya,pastikan segala urusan berkaitan dengannya perlu dipermudahkan.

Ilmu
Ibu bapa zaman sekarang harus rajin untuk menimba ilmu dari pelbagai sumber misalnya melalui pembacaan buku2 keibubapaan,internet dan video.Kitalah cermin anak2,anak2 juga akan melakukan perkara yang sama.Tiada istilah terlambat dalam menimba ilmu.

Amalan
Ibu bapa perlu amalkan apa2 sahaja yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian.Kita juga tidak boleh lupa untuk berkongsi ilmu dan amaln yang diperoleh dengan rakan2 mahupun keluarga.

Matlamat
Setiap individu seharusnya mempunyai matlamat hidup.Matlamat ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori misalnya matlamat jangka pendek,jangka sederhana dan jangka panjang.Apabila matlamat telah ditetapkan ia memudahkan ibu bapa untuk membuat tindakan.

Rabu, Jun 15, 2011

Hatiku Milikmu - NeraAF9

kali pertama aku dengar lagu ni
nera nyanyi di konsert final AF9
terus aku jatuh cinta.



Pernahkah engkau hargai
cintaku yang sejati
pernahkah engkau mengerti
akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
memberiku sejuta pilu
betapa agungnya asmaramu
membuatku terpaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
di hatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Kan kuabadikan dikau
suatu kenangan yang manis
yang tak mungkin aku lupa
untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
dapat jadi yang terindah
di dalam hidupku ini

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku ini
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Aku coretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
agar jadi yang terindah
dalam hidupku ini


Selasa, Jun 14, 2011

hari minggu




Khamis, Jun 09, 2011

Wordless Thursday



no motif
semalam gi jalan2 di Parkson
terus buat card ni free je..

Jumaat, Jun 03, 2011

menadah impian

Love Pictures, Images and Photos

Barangkali Kau Tidak Mengerti
perasaan Sayangku Padamumungkin Jua Kau Ada Yang Lainyang Engkau Sayangi Selain Diriku
hanya Aku Yang Cinta Padamudari Dulu Hingga Selamanyatapi Engkau Tak Mengertihati Ini Kuserah Padamu
kusimpan Kenangan Cinta Bersamamukupadam Impian Biar Menjadi Debukusangka Kau Sayang Cinta Kepadakukusangka Kau Jujur Rupanya Bersandiwarajiwaku Sepi Resah Kesoranganaku Menadah Impian
hanya Aku Yang Cinta Padamudari Dulu Hingga Selamanyatapi Engkau Tak Mengertihati Ini Kuserah Padamu

hanya Aku Yang Cinta Padamudari Dulu Hingga Selamanyatapi Engkau Tak Mengertihati Ini Kuserah Padamu

kusimpan Kenangan Cinta Bersamamukupadam Impian Biar Menjadi Debukusangka Kau Sayang Cinta Kepadakukusangka Kau Jujur Rupanya Bersandiwarajiwaku Sepi Resah Kesoranganaku Menadah Impian

kusimpan Kenangan Cinta Bersamamukupadam Impian Biar Menjadi Debukusangka Kau Sayang Cinta Kepadakukusangka Kau Jujur Rupanya Bersandiwarajiwaku Sepi Resah Kesoranganaku Menadah Impian