Selasa, Ogos 31, 2010

adoii..tak abis2 lagi ke cite nie...

Raja Azmi: Roslin Tiada Bersama Saya

Nampak logik dan boleh diterima akal penerangannya. Siap boleh cabar pihak yang menuduhnya ada bersama Roslin di dalam hotel untuk melihat rakaman CCTV hotel tersebut.

Kami ringkaskan untuk anda penerangan daripada Raja Azmi:-
1.  Raja Azmi telah pergi ke Hotel Corus bersama-sama dengan Roslin Hashim untuk bertemu seorang kawan.
2.  Roslin menurunkan Raja Azmi di lobi hotel. Raja Azmi terus check in sementara Roslin Hashim pergi cari parking.
3. Sesampai di dalam bilik, Raja Azmi menelefon Jailani. Jailani bagitau yang dia akan lambat sikit sebab jalan tengah jam.
4. Selepas keluar dari tandas (mungkin untuk mandi), Raja Azmi tengok ada banyak missed call dari Jailani. Raja Azmi terus telefon Jailani balik. Jailani tanya mana Roslin Hashim.
5. Raja Azmi cakap Roslin mungkin berada di sekitar hotel. Jailani telefon Roslin dan kemudian menelefon Raja Azmi untuk bagitau yang Nurhayati (isteri Roslin) ada di hotel tersebut.
6. Raja Azmi mengintai melalui lubang intai bilik hotel dan nampak Nurhayati dan keluarga ada berlegar-legar di kawasan lif.
7. Tak lama kemudian Jailani ketuk pintu hotel. Raja Azmi bukak pintu dan ibu Nurhayati menyerbu masuk dan terus melakukan “inspection” keadaan bilik tersebut.
8. Keadaan bilik normal. Nurhayati terus berkata “What are you doing here with my husband? All this while you think I don’t know you’ve been having an affair with my husband?”, kepada Raja Azmi.
9. Nurhayati terus berkata “Tak sangka You are such a bitch” kepada Raja Azmi.
10. Raja Azmi menjelaskan sebab dia berada di hotel tersebut. Raja Azmi terangkan yang Roslin tidak ada bersamanya so ini bukan khalwat (selepas dituduh khalwat oleh ahli keluarga Nurhayati).
11.  Nurhayati bengang sebab tak dapat buktikan yang Roslin ada bersama Raja Azmi ketika itu. Luahan perasaan berlaku dengan kata-kata ini daripada Nurhayati, “Kak Raja tahu tak, Roslin tak menjalankan tanggungjawap sebagai suami. Ia umpama pasangan baru kahwin yang tak normal. Roslin tak balik rumah beberapa hari.
12. Roslin mendakwa yang dia merasakan Nurhayati mengunakan ubat guna-guna kepad Roslin supaya Roslin sentiasa dengar cakapya.
13. Roslin mendakwa sejak dia tahu isterinya jumpa bomoh, setiap hari pun Nurhayati nak memasak untuknya.
Dipendekkan cerita, Roslin telah melafazkan cerai semasa perbalahan ini. Kata Raja Azmi, Roslin taknak menceraikan Nurhayati tetapi masa itu tengah emosi sangat-sangat. Nurhayati jugak meminta maaf kepada Raja Azmi kerana cemburu tak tentu pasal selama ini tentang hubungan Raja Azmi dengan Roslin.


 

Ahad, Ogos 29, 2010

katakan 'no' pada lelaki jenis ini!!!!

  • merayu pada kamu untuk datang kerumahnya.
  • cuba mengambil kesempatan terhadap kamu misalnya awal2 lagi berani menyentuh kamu.
  • kaya dengan kata2 manis dan pujuk rayu.
  • menjauhkan diri dari kamu ketika menjawab panggilan.
  • mengajak kamu ke tempat-tempat yg sunyi dan jauh dari org.Alasannya perlukan 'privacy'tetapi hakikat sebenarnya kamu sendiri pasti dapat mengagaknya.
  • Takut memperkenalkan kamu pada teman2 dan ahli keluarganya.
  • Terlalu banyak undang2 misalnya tidak boleh menghubungi si dia pada waktu2 tertentu,tidak boleh ke tempat2 tertentu dan sebagainya.
  • Terlalu banyak alasan setiap kali kamu mencurigai sikapnya menggunakan wang dan kekayaan untuk menarik perhatian perempuan.
  • Ada waktu2 tertentu si dia menyepi tanpa berita kemudian tiba2 muncul dengan pelbagai alasan.

Perhatian kepada perempuan2 disana yang masih single berhati-hatilah untuk memilih pasangan anda.

Jom join contest Shawlsphere

 

Ini baru first time sy join contest,baru nak cuba2..
sebelum nie nak cube jgk join contest tp tak berani.

Ketiga ; Bagitau jenis shawl yang korang suka. Tak semestinya shawl, asalkan jenis tudung la. Tudung bawal ke, syria ke, apa-apa je la asalkan bukan tudung saji dan tudung periuk. Kalau shawl pulak, nak bagitau jenis material pun takpe. Macam shawl chiffon ke, georgette ke, mortada ke dan lain-lain. Pashmina, Lycra tu semua termasuk lah ye.
 
Saya sebenarnya suka pakai tudung bawal je,senang nak pakai
kdg2 sy suka pakai Lycra sbb sarung jer tak payah nak iron.

Keempat ; Upload gambar shawl tu. Gambar orang pakai shawl tu ye, bukan gambar shawl semata. Hehee. And lebih baik, gambar peserta tu sendiri la atau kawan-kawan atau sanak saudara. Taknak gambar yang dirembat tanpa izin tuan dia okay!? Hehee.
 

Kelima ; Bagitau sebab apa korang suka shawl tu.
 
saya suke shawl nie sebab senang dibentuk.
 
 Keenam ; Promote-promote lah sikit Shawlsphere kat kawan-kawan dan sanak saudara. Ahaha :D
Ok yang ni tak wajib. Tapi yang pertama sampai kelima wajib! :)
 
mari2 shopping disini..
 

Sabtu, Ogos 28, 2010

anak tak kenang budi..

sebelum nie kecoh dalam surat khabar,tv,radio dan macam2 lagi tentang
buang bayi,buang dalam sungai,tong sampah,dasar orang tak de otak.sedangkan
binatang pown sayangkan anak.sekarang nie pulak keluar cerita anak tinggalkan ibubapa dekat pusat orang tua,memang anak tak kenang budi,fikir diri sendiri.ibubapa
blh jaga anak 10 orang tak kan anak tak blh nak jaga ibubapa  sorang tu.
Dulu dorang hidup susah sanggup jaga kite,makan,pakai,pelajaran semua cukup.biarlah
dorg pakai baju buruk pown yang penting anak2 pakai baju baru.tp bile anak2 dah besar lupa diri..tak ingat sape yg bersusah payah menjaga dorang dari kecik.
kite kena sentiasa ingat ape yang kite buat dekat ibubapa kite,pasti kite akan dibalas macam tu jgk.

Jumaat, Ogos 27, 2010

tip selamat bersosial di dunia maya



Setting muka profil kamu ke pilihan menu 'Private'.
Menerusi 'setting ini,hanya individu yg berada dlm senarai rakan sahaja yg blh melihat 'up date'di halaman kamu.Elakkan memberi alamat atau nombor telefon secara lengkap.

Berhubunglah dengan rakan-rakan yg dikenali atau sudah berada dlm senarai rakan-rakan kamu sahaja.

Bukan sekadar melindungi diri kamu dari kemungkinan diganggu oleh org yang tidak dikenali,ia juga akan melindungi kamu dari serangan virus yg blh merosakkan komputer.

Hindari memaparkan status atau foto yg blh membuatkan org keliru atau salah tafsir tentang diri kamu.
Halaman profil blh diakses oleh org lain.kamu harus menyedari bahawa sekalipun ia adalah milik peribadi buat diri kamu namun halaman profil tersebut bukanlah sat daerah yg blh diklasifikasikan peribadi.

Jangan mudah percaya
Tanpa usul periksa mengenai sesuatu informasi yg kamu lihat atau baca .Ingatlah bahawa tidak semua org sejujur kamu.

Dgn mengambil langkah berjaga-jaga sedari awal.
Blh melindungi diri kamu dari pelbagai hal negatif yg menjejaskan diri kamu menerusi jaringan laman web sosial ini.

Tidak salah utk menerima rakan baru.
Kamu perlu berhati-hati agar rakan yg kamu terima dan masukkan di dalam senarai rakan baru kamu itu bukanlah blh dikategorikan sebagai 'stalker'.

Jangan jadikan status.
Di laman web sosial kamu itu sebagai tempat utk kamu melampiaskan perasaan marahmu(blhla tuk lps geram ke)Bimbang ada pihak yg akan salah anggap dgn 'status' diri kamu.

Jangan paparkan maklumat peribadimu secara jelas.
Bimbang ada sesetgh pihak yg berani mencuri identiti diri kamu dan mempergunakannya utk tujuan yg tidak baik.

Jangan kongsi masalah peribadi.
Jika tidak mahu kisah peribadi kamu menjadi bahan perbualan umum.jgn memaparkan tentang apa jua masalah peribadi yg sedang kamu alami di ruang status.kamu juga yg akan dapat malu.

Khamis, Ogos 26, 2010

sedihnye..

sedihnye cite nie.sy baca dalam satu website..

surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...

Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran... ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter.....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak.....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti....
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Selasa, Ogos 24, 2010

minta maaf

aku minta maaf
aku tidak bermaksud buat begitu pada kau
aku cube elakkan tapi tak blh jgk
sepatutnya jgk kau harus faham

Sabtu, Ogos 21, 2010

kenali personaliti si kecil

Anak Pertama
  • Pintar
  • Bertanggungjawab
  • Berasa curiga dan tidak percaya
  • Rasa tidak selamat
  • Cemburu
  • Mudah teruja
  • Sensitif
  • Autoritarianisme
  • Hasrat pencapaian diri
Anak Kedua
  • Berdikari
  • Agresif
  • Sukakan keseronokan
  • Suka berkawan
  • Boleh dipercayai dan diharapkan
Anak Ketiga
  • Mudah mengalih perhatian
  • Mahukan ibu bapa menunjukkan kasih sayang
  • Cemburu
  • Berasa rendah diri
  • Berasa kekurangan
Anak Bongsu
  • Rasa selamat
  • Yakin diri sendiri
  • Pemurah
  • Terlalu dimanjakan
  • Tidak matang
  • Persaingan adik beradik
  • tidak bertanggungjawab

Jumaat, Ogos 20, 2010

Weads.. Blog Directory untuk Jana Traffik Blog

Apa itu WeAds? WeAds ini ialah satu blog directory yang sedang perlahan-lahan meningkat naik dan ianya adalah percuma! Pendaftaran yang mudah dan simple menjadikannya satu pilihan wajib oleh rakan-rakan semua!

Caranya mudah sekali, korang pergi ke WeAds dan tekan "Sumbit Your Site". Selepas itu, ikut arahan yang diberikan dan pastikan korang menampal banner WeAds itu didalam blog korang. Selepas itu, kala ada masa korang bolehlah view blog2 yang korang semua minat dan kalau ada masa tinggalkan comment. Jangan lupa letak URL blog korang untuk dapat backlinks atau untuk promosi ok!... Dah selesai semua, tunggulah traffik dari WeAds itu dan lagi best kalau korang promotekan WeAds ini supaya ahli kita semakin ramai dan traffik semakin tinggi.. ok!

Sumber Dari: ar-rifke.com

Khamis, Ogos 19, 2010

salah siapa????

Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka.
Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.

isteri      : Abg beli lauk..

suami    : bwk motor,gi beli..

isteri     : takpe2..(dlm keadan yg geram,dh pkl 6.15 lauk takde nak berbuka)

suami   : ma,botol susu adik mane?

isteri    : dalam bilik

suami  : lainkali org tanye jwb elok2..eloklah isteri derhaka,bodoh,bengong..

isteri   : saya macam nie pown sbb dari perangai awk..Eloklah suami cakap macam tu dkt isteri..


Dari dialong ini,semua ini salah siapa???

Rabu, Ogos 18, 2010

dengki ker..

Wah..tajuk mlm nie..nak pergi ofis pown dh bersemangat rasanye,macam nak berhenti jer..duduk rumah jage anak lagi bagus kan..Aku nie pendengki ker tapi aku rase tak kot...Tak kisahlah....

Selasa, Ogos 17, 2010

Toreh muka, mulut isteri

Hari ini sy terbaca satu berita di Harian Metro Suami toreh Muka dan Mulut isteri..sanggup suami buat macam itu dekat isteri kerana cemburu melihat isteri berborak dengan sepupunya..Nak tahu lebih lanjut bacalah disini..

KUANTAN: Cemburu melihat isterinya berbual dengan sepupu lelaki, seorang buruh bertindak kejam apabila menoreh muka, bahu dan mulut pasangannya itu sehingga mengakibatkan mangsa berlumuran darah di Kampung Jeram Batu, dekat Kuala Lipis.
Dalam kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari Khamis lalu, mangsa berusia 25 tahun terpaksa merangkak keluar dari rumah meminta bantuan penduduk kampung sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk rawatan lanjut.

Turut cedera, sepupu lelaki mangsa berusia 25 tahun yang luka di tubuh akibat ditoreh ketika cuba menyelamatkan mangsa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) negeri, Superintendan Nordin Mustapha berkata, ketika kejadian, mangsa bersama sepupu lelaki di rumahnya manakala suaminya keluar bekerja.

Menurutnya, mangsa berbual-bual dengan sepupunya di ruang tamu sementara menanti kepulangan suaminya untuk makan tengah hari bersama-sama.

“Suami mangsa yang pulang ke rumah secara mengejut melihat mangsa berbual mesra dengan sepupunya. Dia menengking mangsa menyebabkan dua bersaudara itu tergamam sebelum ke dapur dan mengambil sebilah pisau pemotong ikan.
“Sejurus keluar semula ke ruang tamu, suspek menoreh muka, tangan, mulut dan bahu isterinya. Melihat mangsa cuba diselamatkan sepupunya, lelaki terbabit seperti singa kelaparan apabila melibas pisau ke arah sepupu mangsa mengakibatkan lelaki itu cedera di tubuh,” katanya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun melarikan diri selepas melihat mangsa dan sepupunya tidak bermaya serta bermandikan darah.
Katanya, mangsa bersama sepupunya mendapat bantuan penduduk kampung sebelum dikejarkan ke HKL untuk menerima rawatan akibat cedera di mulut, muka dan bahu.

Katanya, polis sudah mengambil keterangan mangsa dan sepupunya berhubung kejadian terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Nordin berkata, polis masih menjalankan gerakan memburu suami mangsa dipercayai masih berada di daerah Kuala Lipis selain meminta orang ramai mempunyai maklumat kejadian itu tampil membantu siasatan.

Sabtu, Ogos 14, 2010

nuffnang

Tersgtla gembira sekarang nie sebab nuffnang dh tukarkan status keahlian sy ke Glitterati..Sepanjang mggu nie  nuffnang ubah status sy ke bukan eksklusif tp sy tetap cuba tuk mengubah status tu...akhirnya sy berjaya..yahoooooo......terima kasih nuffnang..


Jumaat, Ogos 13, 2010

bencana sosial semakin kritikal

tak patut
tajuk entry nie membuat sy rse gerun skjp,ape nak jd dgn negara kite skrg nie penuh dgn cite yg panas2,byk kes rogol,bunuh,buang bayi & mcm2 lg.
Terdapat beberapa sebab yg membuatkan seseorg remaja mengambil keputusan utk bersedudukan antaranya perasaan ingin mencuba akibat dari pengaruh kwn,keadaan semasa dan maklumat yg diterima dari vcd,internet,telefon bimbit dan mcm2 lagi.

Dan dilihat kebelakangan ini,dari zaman hitam putih hingga era IT apa saja bentuk cerita dari luar negara@dalam negara,pasti ada diselitkan situasi bercinta yg memerlukan adegan peluk,cium dan ada kalanya adegan terlampau sedangkan jelas itu bukan suami isteri.Ini juga seakan penggalak,pengaruh@pendorong buat remaja yg kemaruk ingin berpasangan dan akhirnya terjebak dalam maksiat dan zina.Trend pergaulan remaja akan menjadi satu kemestian utk hidup berpasangan dan akhirnya terperangkap dgn aktiviti tanpa batas.

Khamis, Ogos 12, 2010

khasiat makanan melalui perspektif islam

Roti
Roti yg paling bagus ialah diperbuat drpd gandum krn ia mudah dicernakan.Roti yg sudah lama tidak elok dimakan.Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,"Jgn potong roti dgn pisau,hormatilah roti itu dgn tgnmu krn Allah SWT menghormati roti itu.

Barli
Barli sgt berkhasiat sbgai penyejuk badan.Nabi Muhammad SAW pernah memberikan sup barlii kpd org yg sakit demam.

Madu lebah
Madu dianggap ibu kpd segala makanan,minuman dan ubatan.Madu lebah mempunyai byk khasiat di antaranya melegakan cirit birit,mengubati parut dan luka.Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu bersama segelas air setiap pagi ketika perut kosong.

Biji Kopi
Biji kopi dpt memberikan kebaikan pd tubuh.Biji kopi adalah ubat bagi penyakit buang air besar berdarah.Ia perlu dihancurkan dan di sapu dibahagian tertentu.selain itu,ia juga mampu menhilangkan dahaga dan di dalam hadis juga ada menyebut bahawa biji kopi dikatakan dpt menimbulkan kebijaksanaan.

kekacang
Terdpt pelbagai jenis kacang yg blh dinikmati.Kekacang hndaklah dimkn dgn sedikit krn klu dimkn dgn byk ,ia tidak baik utk penghadaman.ada juga hadis yg menyatakan bahawa sesiapa memkn kacang ia kan mewujudkan hati yg simpati,mata berair serta dpt menghapuskan kesombongan.

Daging
Daging juga mempuyai pelbagai kebaikan.Pelbagai jenis sumber nutrien terdpt didlm daging.mkn daging terlalu kerap juga blh melemahkan sistem badan.Daging yg paling baik ialah daging kambing jantan yg berumur satu hingga dua tahun.

Halia
kebaikan halia ialah untuk mengeluarkan angin didalam badan.Firman Allah SWT ada menyebut bahawa"Dan apabila mereka didlm syurga akan diberi sejenis minuman yg campurannya halia.

Jintan Manis
Jintan manis sgt byk khasiatnya.Ia blh melegakan kesakitan dalam badan,melancarkan aliran haid,membayakkan susu dan membuang angin dalam badan.

Ikan
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutamanya yg mkn tumbuh tumbuhan dan bukannya benda asing dlm air.Ikan mentah blh mmbantu mengeluarkan toksik dan mengeluarkan ketidakseimbangkan dlm bdn.

baby comel siri 3

hai...hari nie baru ade mase nak update baby comel siri ke 3,alhamdulillah akhirnye smpi jgk siri ke 3.kali nie sy nak knlkan baby Muhammad Dani Emir Bin Ahmad Zaidi.


nama penuh : Muhammad Dani Emir Bin Ahmad Zaidi
nama panggilan : Dani
tarikh lahir : 11 Mac 2010
benda yg dani suke main : anak patung katak yang diberi nama Froggy
gelagat dani yg kelakar : dani  suke masuk tangan dlm mulut dia sambil bersuara...dan air liur konfem akan meleleh... suke tgk kereta dan motor yg lalu lalang, suka dok lam kete, suka berjalan...bila berjalan dia takkan nangis kecuali dia dah haus sangat..bila berjalan, mata dah ngantuk akan jadik segar bugar balik..maknenye dia tahan la mata tu..

(p/s:mcm2 karenah baby,ape pown dpt mencuit hati kite.ade org beritahu sy klu air liur baby meleleh,rambut ibunya akan gugur.sy tak tau betul ke tak cume dgr org ckp.)

Rabu, Ogos 11, 2010

puasa

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM


minta maaf kpd semua sbb sy terlambat ucapkan selamat berpuasa..
2,3 hari nie rse sakit kepala yg teramat sgt nsib baik adik ade tlg masak utk juadah berbuka puasa.
thn nie puasa yg paling bermakna sekali bg sy,sbb dpt sambut sekali ngan org baru dlm hidup sy dan suami ialah my baby yg comel(Nur Qistina Hasya)..
tp utk hari pertama berpuasa Qistina tak ade kat sini,hujung mggu lps sy hantar blk kmpg.
ok..selamat berpuasa yer..

Isnin, Ogos 09, 2010

baby comel siri 2

Lmbt betul nak update baby comel nie..hari nie baru dpt update baby comel siri yg ke 2..sblm nak update baby comel nie sy xblh la sesuka hati je ambik pic baby kena mintak izin dulu daripada mummy,ibu2 @ mama dorg,nnti x pasal je kena marah..ok kali nie baby comel siri yg ke 2 ialah Muhammad Aydan Shaqeel b. Muhd Shahrulazman comelnye....

Inilah detail mengenai Aydan yg sy dpt dari mummy aydan...
Nama Penuh: Muhammad Aydan Shaqeel b. Muhd Shahrulazman
Nama Panggilan: Aydan aka si debab @ sin chan hehe
Bday: 3.6.2010 10.43pm 3.1kg

Hobby: minum dan tido..suke senyum lepas melepaskan hajat (kentut,yak,kencing) huhu
Manja teramat..bila nak tido suke dipeluk2, didodoi2..br nk tdo.kalau letak atas tilam jgn harap nak tido sendiri
bila nangis manja bunyi mcm anak kucing..haha

2 bulan dah berat 6kg..sehat kan?sampai tergeliat tgn mummy dokong die..huhu..Semangat btl Aydan nie yer baru 2 bln dah 6 kg..Hihihi..sy nak minta petua la kat mummy aydan nie mcm mane aydan seberat nie.Sesiapa yg nak mntk petua tuk baby nye klik disini blog mummy aydan.



Khamis, Ogos 05, 2010

Aalia di Astro




Impian untuk berkeluarga dan hidup bahagia bersama suami dan anak-anak tersayang, namun halangan sentiasa muncul dalam hidup seorang gadis kampung bernama Aalia. Drama yang memfokuskan kepada seorang gadis cantik, sopan santun, taat dan setia yang mengharungi pelbagai cabaran hidup setelah mengahwini Shahril, seorang pemuda mempunyai kisah silam yang dirahsiakan daripada pengetahuan Aalia.

Perkahwinannya tidak disenangi iparnya yang lain atas sifat cemburu. Kehidupan yang disangka tenang bagaimanapun mula bergelora akibat perbalahan kecil dan sehinggalah kepada kemunculan semula isteri Shahril. Kecekalan Aalia mengharungi kehidupan dan mencari kebahagiaan diuji apabila berdepan dengan situasi yang tidak pernah disangka akan berlaku pada dirinya.

Mampukah Aalia berjuang mempertahankan rumahtangganya walaupun berhadapan rintangan termasuk daripada suaminya sendiri? Aalia dibintangi oleh Zaryn Min (Aalia), Fazreen Rafi (Shahril), Hady Omar, Airis Yasmin dan Miera Leyana.
Kite tggu kesedahan cite nie mcm mana......... 

keje giler..

Gile2..tension2...rase dh malas nak keje kat sini..keje takde bz sgt tp yang tak tahannye selalu kena marah..bukan kena marah dgn bos tp kena marah ngan org yg dok kat HQ tu..perasan bagus jer ingat pangkat besar sgt agaknye,standard keje mcm sy gak cuma die bekerja kat HQ jer..Sblm nie ade jgkla mata belah kiri selalu bergerak jer,setahu sy klu mata belah kiri bergerak ade sesuatu yg tak baik berlaku kononnye nak menangis ke,kena marah ke @ benda2 yg tak baikla..Mmg btl ade benda yg tak baik berlaku,sy kena marah siottt,sebenarnye perkara tu kecik jer,apa salahnye klu die tu tegur elok2,org pown xde sakit hati & sumpah seranah die.tibe2 menitik palk air mata nie rse nak resign ari tu jgk..sy dah buat yg terbaik tp ade kgk yg tak kena bagi die..Mmg dasar ***** mulut mmg berbisa,mcm bagus.sy dh kerja kat sini 6 tahun, Klu sy tak tahu buat keje dah lama bos berhentikan sy.Setiap 15hb & 3hb msti rse gerun jer sbb takut kena marah.


Untuk org yg berjawatan tinggi tu klu org buat kesilapan apa salahnye klu kite tegur secara lembut.

Rabu, Ogos 04, 2010

i-city & bukit tinggi

Akhirnye tercapai jgk hasrat ku nak pegi i-city & Bukit tinggi..Malam sabtu aru tu sy pegi i-city with my hubby,baby tersyg & adik ipar.Masuk i-city kena bayar RM10.Best gak la gi tempat tu.
Ari sabtu petang plak gi Bukit Tinggi,ingatkan masuk free rupenya kena bayar gak,Dewasa RM10.00,Budak2 sy tak ingat kena bayar bape..