Khamis, Ogos 05, 2010

Aalia di Astro




Impian untuk berkeluarga dan hidup bahagia bersama suami dan anak-anak tersayang, namun halangan sentiasa muncul dalam hidup seorang gadis kampung bernama Aalia. Drama yang memfokuskan kepada seorang gadis cantik, sopan santun, taat dan setia yang mengharungi pelbagai cabaran hidup setelah mengahwini Shahril, seorang pemuda mempunyai kisah silam yang dirahsiakan daripada pengetahuan Aalia.

Perkahwinannya tidak disenangi iparnya yang lain atas sifat cemburu. Kehidupan yang disangka tenang bagaimanapun mula bergelora akibat perbalahan kecil dan sehinggalah kepada kemunculan semula isteri Shahril. Kecekalan Aalia mengharungi kehidupan dan mencari kebahagiaan diuji apabila berdepan dengan situasi yang tidak pernah disangka akan berlaku pada dirinya.

Mampukah Aalia berjuang mempertahankan rumahtangganya walaupun berhadapan rintangan termasuk daripada suaminya sendiri? Aalia dibintangi oleh Zaryn Min (Aalia), Fazreen Rafi (Shahril), Hady Omar, Airis Yasmin dan Miera Leyana.
Kite tggu kesedahan cite nie mcm mana......... 

2 ulasan :

nurayunni berkata...

salam ziarah...

Hamzah Ian berkata...

haha.. kakak ku diatas