Isnin, November 25, 2013

Balik kampung

Sabtu lepas adik ajak balik kampung sebab nak berubat anaknya asyik demam jer..aku tumpang sekali dah alang2 nak balik kg..

Kampung aku dekat pahang,tp setiap kali balik msti lalu n9 sbb ikut situ lebih dekat..lepas tu adik ipar ajak singgah air terjun ulu bendul,aku sebenarnya rasa was2 maklumla kan sekarang ni banyak keluar berita mengenai racun kencing tikus..tapi tawakal jelah cari tempat yang elok skit..

















Suka tengok gelagat anak2..

Khamis, November 21, 2013

Abaikan perkara yang lepas,jadikannya sebagai ujian untuk menguatkan lagi tahap kesabaran kita..
anggap saja 'dia' hanya untuk menguji kita..

semoga allah makbulkan doa ku... aminn...

Selasa, November 12, 2013

Ostematrik

Fungsi :


Pengguna yang telah menggunakan Ostematrik..

Isnin, November 11, 2013

tahniah along

assalamualaikum...

Cuti awal muharam lepas aku balik kampung untuk menghadiri kenduri kawin sepupu aku,sebenarnya dah lama aku tak balik kampung,mak pon tanya bila nak balik rindu dekat cucu katanya..

Selamat pengantin baru along..Semoga Bahagia Hingga ke Jannah...Amin...










Isnin, Oktober 28, 2013

pc baru

Akhirnyaaaa...Dapat jugak pc baru dan meja baru yang besar yehaa....T__T..
pc sebelum ni sangat2 lembap nak buka 1 folder pon lambat,orang nak cepat lagi la dia lambat.
stress tau..hehe..



fb dan youtube kena block,kita tengok movie jelah..

*update ringkas

Khamis, Oktober 24, 2013

set kecantikkan shaklee


B-COMPLEX

* Menggalakan kesihatan jantung,metabolism tenaga dan replikasi DNA yang sihat
* Menukarkan makanan menjadi tenaga
* Mengurangkan simtom kemurungan dan tekanan

SUSTAINED RELEASED VITA-C 500MG

* Membantu penghasilan kolagen 
* Mengekalkan integriti sel
* Mengalakkan gusi,gigi,tulang,otot dan salur darah supaya sihat
* Menolong mengurangkan alergi

VITA-E COMPLEX

* Menolong melawan penuaan pra-matang pada kulit
* mengurangkan risiko sakit jantung
* menyokong pretasi otot dan mempercepatkan pemulihan


Rabu, Oktober 23, 2013

pakai subang

yeayy..akhirnya Qis dah pakai subang.nampak comel jer.ni pon nak bagitahu kan T__T..
saja nak penuhkan entry blog sendiri.. :) sebenarnya dah lama nak tindik telinga qis ,maklumla anak kesayangan ayah,ayah nya tak benarkan mulanya..

Disebabkan sepupu qis dah tindik telinga,aku pon ada idea nak umpan qis dan ayah..apelagi sehari sebelum raya haji pegi kedai emas di pasir mas..
mulanya nak pegi kedai yang sepupu qis buat aritu sebab kedai tu tindik sekali 2 terus takde buat satu2,kalau buat satu2 mesti sebelah je yang lepas.bila tanya kedai tu diorang tak boleh buat sebab ramai customer.
Terpaksa cari kedai lain..kedai lain pulak kena buat sebelah2,kena buat jugakla sebab saya tak sabar nak tengok qis pakai subang..hehe
Dan betul la jangkaan aku,sebelah je dapat tindik sebelah lagi qis dah taknak ,mata dah berair macam nak nangis.yang sebelah lagi tu saya kena pegang kepala qis.



Isnin, Oktober 21, 2013

ahli shaklee

alhamdullillah sy sudah menjadi salah seorang ahli shaklee

NURUL RIZA ANUAR
SID :1065058
COD AREA:KL,PHG,N9

jika berminat untuk mendapatkan suplement shaklee.boleh hubungi sy
di talian 0147312723

Rabu, September 25, 2013

vitamin

sebelum ni macam2 ubat ,susu aku makan untuk naikkan berat badan..tak naik jugak..lepas tu dengar makan noriday pon boleh naik dengan bersemangat aku gi kk ambik noriday free jer..berat je naik badan tak naik macam tu jugak..nurse pon terkejut sebab badan tak naik..

tapi bersyukur sangat kurus macam ni tidak ada penyakit,sihat walafiat..mungkin keturunan kurus2 kot..baru2 ni kwn dalam grup wasap syorkan makan pil shaklee,aku cuba ambil yang trial dulu,kalau beli yang botol takut tak sesuai je rugi beli.




sekarang ni aku makan 3 pil..alfafa,vitalea dan b complex..alhamdulillah sesuai untuk aku..


Khamis, September 19, 2013

rezeki

Alhamdulillah..rezeki dapat pakai note 2.. :)
sebelum ni aku pakai samsung s3..bape ari yang lepas suami ada bagi tahu nak swap note 2 ke iphone 4s.
aku pon cakap sayanglah swap note 2 sebab baru lagi..cuba swap s3 ni..note 2 bagi mama guna.

Dan petang semalam orang call nak swap..



Sabtu, September 14, 2013

qis

sekarang dah susah nak ambil gambar dia..masa ambik ni pon tengah panjat katil..sabor jelah..sori gambar tak cantik

puasla suruh duduk elok2 masa ambik gambar ni..
banyak cakap sekarang ni puas mama dan ayah nak melayan kena jawap2 satu2 soalan dia.dah kuat merajuk tgk2 dah meleleh airmata.
sudah free diaper..hehe..jimat kos mama tak payah beli pampers..suka layan youtube dan dari situ aku tgk dia banyak belajar sesuatu yang baru..
nie baby qis..hehe...(nak baby ke sayang)



Jumaat, September 13, 2013

gdex

senang sikit keje aku sekarang ni..kalau tak tiap2 ari bising suruh driver hantar surat.bila dah bagi surat pulak tak sampai ke tangan orang tu..memang menyakitkan hati tau ^^..balik2 aku jugak yang kena T__ T..

Pagi2 dah kena panggil 'nurul ape cite ni bank bayak tak bayar ni' dalam hati aku bukan aku yang hantar invoice tanyala driver..pecaya sangat kat dorang kenn..bila cakap dengan bos ambk gdex xnak pulak katanya driver byk kalau free boleh suruh dorang hantar..hampeh..

akhirnya buat keputusan call gdex sendiri  senang cite..bill direct hantar HQ..yang penting surat sampai ke tangan tuannya..


banyak jugak surat ni sebulan sekali je hantar


Rabu, September 11, 2013

28 tahun

alhamdulillah..sedar tak sedar umur dah menginjak ke 28 tahun..rasa cepat je masa berlalu..banyak pancaroba dalam hidup yang mematangkan aku..

pada tahun yang akan datang mungkin banyak lagi yang perlu ditempuhi..syukurlah sekarang mempunyai suami dan anak tersayang bersama aku..

ingin menjadi yang lebih baik dari sebelum ni..aminn

Isnin, Julai 29, 2013

iftar

Ari rabu minggu lepas ofis aku telah anjurkan majlis berbuka puasa bersama pengerusi eksekutif dan pengurus2 cawangan lembah klang.Tahun ni giliran cawangan aku anjurkan..tak payah fikir ape sebab semua bos dah aturkan,aku dan ofismate datang makan jer..

  bersama ofismate..knp mata aku mcm     tu..hehe

Menu berbuka memang tak kena dengan tekak aku hehe...ikan pari asam pedas,ikan percik,ayam goreng,kerabu,udang sambal,daging (xtahu masak ape tp sedap) dan air sirap bandung.



   ni pengurus2 cawangan lembah klang..

Rabu, Julai 17, 2013

- Cuti Raya -

As salam..

Amboiii baru puasa hari ke 8 dah pikir pasal cuti kenn..kena pikir awal2 supaya tak
kelam kabut sangat dan keje di ofis pon boleh settle awal2 kan nanti bila dah cuti tak
ade lah orang ofis call tanya macam2 hilang mood nak bercuti tau.. :)

terima kasih dekat suami sebab sudi dengar pendapat aku tentang cuti tu.yela,aku tak
 boleh nak cuti suka hati dah la awal bulan banyak report kena hantar dekat HQ.
Alhamdulillah bos pon dah setuju janji keje settle..




Cantik baju ni tapi sayang tak sempat nak buat..



Isnin, Julai 15, 2013

ramadan ke 6

hari ni hari ke 6 berpuasa alhamdulillah..3 hari berturut-turut berbuka dirumah dan tiap2 hari pening memikirkan menu berbuka.masak lauk yg simple sajokk nan ado kuih,beli murtabak je itupon tak abis..membazir..

sabtu dan ahad berbuka dirumah kawan suami menu special nasi beriani + kari itik bertambah2 makan..amboii klu org lain masak bertmbh yer..sendiri masak tak lalu pulak nak makan kan...

jom kita tgk resepi masak untuk berbuka nanti...T______T

Rabu, Jun 26, 2013

mood kelaut





Jumaat, Jun 21, 2013

^ spend time ^

Ari rabu aritu chatting dengan k.as cawangan rawang tetiba terfikir nak jumpa sebab dah lama tak jumpa kan.

menu saya first time makan spagetti cabornara.

dengan k.as yg comel lote..lps ni sebln skali kita jmpa yer :)




Rabu, Jun 19, 2013

^ terima kasih ^

alhamdulillah masih berkesempatan nak update blog nie :) ..sebenarnya aku nak berterima kasih kepada kawan2 grup wasap yang banyak memberi nasihat dan pendengar terbaik walaupon tak pernah jmpa, dorang sgt best :) 

thanks kak jue sebab masukkan aku dlm grup tu..klu aku tak masuk dlm grup tu mgkn seperti katak dibawah tempurung tak tahu cerita2 hot diluar sana..hehe..


Jumaat, Jun 14, 2013

mandi kolam


tengok qis tu nampak excited mandi kolam tapi sebenarnya penakot,main kat tepi2 jer..cik su ayu bwk kat tengah menangis..


Rabu, Mei 15, 2013

ww


Khamis, Mei 02, 2013

kenduri

as salam

sabtu dan ahad lepas pergi kenduri kawan somi di sg buloh,ari sabtu majlis akad nikah yg berlangsung pkl 3 ptg keluar dari rumah pkl 9 pg dan sampai rmh pkl 10.30 mlm terus mandi dan tido badan terlalu penat,esoknya pon kena bangun pagi untuk majlis bersanding pulak..

makanan kenduri membuatkan aku bertambah 2 kali ..:) haha..buat muka tak malu jelah bkn senang dpt makan lauk kenduri yg sedap..:)