Setting muka profil kamu ke pilihan menu 'Private'.
Menerusi 'setting ini,hanya individu yg berada dlm senarai rakan sahaja yg blh melihat 'up date'di halaman kamu.Elakkan memberi alamat atau nombor telefon secara lengkap.Berhubunglah dengan rakan-rakan yg dikenali atau sudah berada dlm senarai rakan-rakan kamu sahaja.
Bukan sekadar melindungi diri kamu dari kemungkinan diganggu oleh org yang tidak dikenali,ia juga akan melindungi kamu dari serangan virus yg blh merosakkan komputer.
Hindari memaparkan status atau foto yg blh membuatkan org keliru atau salah tafsir tentang diri kamu.
Halaman profil blh diakses oleh org lain.kamu harus menyedari bahawa sekalipun ia adalah milik peribadi buat diri kamu namun halaman profil tersebut bukanlah sat daerah yg blh diklasifikasikan peribadi.Jangan mudah percaya
Tanpa usul periksa mengenai sesuatu informasi yg kamu lihat atau baca .Ingatlah bahawa tidak semua org sejujur kamu.Dgn mengambil langkah berjaga-jaga sedari awal.
Blh melindungi diri kamu dari pelbagai hal negatif yg menjejaskan diri kamu menerusi jaringan laman web sosial ini.Tidak salah utk menerima rakan baru.
Kamu perlu berhati-hati agar rakan yg kamu terima dan masukkan di dalam senarai rakan baru kamu itu bukanlah blh dikategorikan sebagai 'stalker'.Jangan jadikan status.
Di laman web sosial kamu itu sebagai tempat utk kamu melampiaskan perasaan marahmu(blhla tuk lps geram ke)Bimbang ada pihak yg akan salah anggap dgn 'status' diri kamu.Jangan paparkan maklumat peribadimu secara jelas.
Bimbang ada sesetgh pihak yg berani mencuri identiti diri kamu dan mempergunakannya utk tujuan yg tidak baik.Jangan kongsi masalah peribadi.
Jika tidak mahu kisah peribadi kamu menjadi bahan perbualan umum.jgn memaparkan tentang apa jua masalah peribadi yg sedang kamu alami di ruang status.kamu juga yg akan dapat malu.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan