Selasa, Mei 15, 2012

~kebaikan buah manjakani~

Salam..

Baru2 ni aku ada sedikit masalah kesihatan dalaman,macam serius je kan tapi takde serius sangat masih boleh di awasi.. :)
Dan masa yang sama aku ada mengadu kat mak,dekat mak lah tempat selalu mengadu
nak mengadu kat suami macam malu pulak..

Lepas mengadu bla bla bla kat mak,mak suruh cuba minum air manjakani..

ni buah manjakani


Kebaikan Manjakani :


  • Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
  •  Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
  • Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
  • Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
  • Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
  • Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
  • Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
  • Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
  • Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
  • Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
  •  Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalannya sangat berkesan digunakan untuk rawatan payudara.
Alhamdulillah selepas aku minum air manjakani,masalah yang aku hadapi semakin pulih.



Tiada ulasan :