Isnin, Julai 19, 2010

ponteng sekolah

Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah.

Punca gejala ponteng

  1. Suasana persekitaran sekolah yang berubah akibat proses urbanisasi, seperti pembinaan arked permainan video, kafe siber atau pusat membeli-belah berhampiran sekolah
  2. Pengaruh media elektronik
  3. Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa
  4. Pengaruh rakan sebaya
  5. Persekitaran sekolah yang kurang kondusif serta dibebani tekanan, umpamanya guru yang terlalu garang.

Dlm family sy ade 2 org yg suke ponteng sekolah..sorg thun nie nak ambk PMR & UPSR..Mak sy dh tak tau nak wat ape dgn dorg nie..Yg UPSR tu smpi dh terima surat amaran yg terakhir..Pagi2 kejut msti x bgun buat badan keras,mak x blh nak angkat sbb die lg berat drpd mak sy,mcm2 mak sy dh ckp ngan die tp x jln gak..Pagi td pengetua ngan cikgu pergi rmh tanya mcm2,yg die tau anggukkan kepala je,die janji ngan pengetua,esok die pergi sekolah,xtaula btl ke x tp cikgu ade ckp ngan die pkl 8 pagi klu die xde kat sekolah cikgu akan dtg jemput.So ape2 kite tgkla pagi sok mcm mne..

Ade sesiapa yg blh bg cadangan mcm mne nak sruh die pergi sekolah..

    Tiada ulasan :