Rabu, Disember 22, 2010

nuffnang


Hai..
Terima Kasih nuffnang sebab bagi saya BE..

Kempen CPM
Pengiklan kami akan memilih senarai blog yang mereka ingin paparkan iklan mereka kerana kadar bayaran lebih tinggi berbanding bayaran bagi kempen CPC. Keputusan mereka mungkin bergantung kepada beberapa faktor seperti demografi pembaca blog, lokasi-lokasi unit iklan di dalam blog, status keahlian blogger Nuffnang dan kewujudan unit iklan di dalam blog. Jika anda terpilih, anda akan menerima e-mel notifikasi mengenai kempen iklan atau boleh dijumpa dalam halaman Pendapatan, di bawah bahagian Pendapatan Terumpuk.
  • Oleh kerana pihak pengiklan mementingkan sasaran penonton untuk melihat kempen iklan mereka, hanya blog yang mempunyai pembaca blog yang sesuai akan dipilih. Jika pembaca blog anda jatuh di dalam kategori yang berkaitan, anda pasti akan dipilih masuk ke dalam senarai mereka.
  • Lokasi unit iklan adalah penting dalam industri pengiklanan. Pihak pengiklan kami telah membelanjakan wang yang banyak untuk mereka dan membeli ruangan iklan. Mereka mahu mesej iklan mereka disampaikan dengan sebaik mungkin kepada sasaran penonton. Oleh itu, mereka mahukan ruangan iklan yang berada di lokasi yang optimum dan sesuai. Sila pastikan unit iklan anda berada di lokasi yang sepatutnya dan pihak pengiklan semestinya berpuas hati dengan faktor ini. Unit skyscraper sepatutnya menjadi elemen pertama di dalam bahagian sidebar dan bukan di bahagian lain. Unit leaderboard juga mempunyai peraturan yang sama di mana ia perlu menjadi elemen pertama yang dilihat pengunjung blog anda semasa memasuki blog anda dan bagi unit Large Rectangle, ia perlu diletakkan di bawah petikan blog pertama anda. Sekiranya unit iklan dalam blog anda tidak berada dalam sususan ini, ia akan memberi mempengaruhi keputusan pihak pengiklan untuk memilih blog anda dan mereka mungkin memilih blog lain yang mempunyai lokasi unit iklan yang lebih bagus.

1 ulasan :

Taz Jaafar berkata...

Tahniah dapat BE :)