Jumaat, Julai 30, 2010

hukum bersunat bg anak perempuan

Berkhitan atau bersunat merupakan perkara yang disyari’atkan di dalam Islam. 
Namun para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;

Pertama; Menurut Imam Syafi’ie; hukum berkhitan (bersunat) adalah wajib ke atas lelaki dan juga perempuan.

Kedua; Mengikut Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Hasan al-Basri; berkhitan hukumnya sunat sahaja sama ada ke atas lelaki atau perempuan. Berdasarkan penjelasan Imam Nawawi; pandangan ini merupakan pandangan jumhur (majority) ulamak.

Ketiga; Imam Ahmad pula berpandangan; ia wajib ke atas lelaki sahaja. Adapun ke atas perempuan, ia digalakkan sahaja.




sepatutnye umur berapa yg sesuai untuk anak perempuan bersunat yer..sekarang nie Qistina dah 4 bulan lebih tidak bersunat lagi.Yang saya tahu belah mertua ckp umur 44hari dah boleh bersunat,belah mak saya plak baby dh merangkak bru blh bersunat.
 

Rabu, Julai 28, 2010

baby comel siri 1

kali ni sy nak update psl BABY COMEL..baby semuanya comel kan..sy memiliki baby yg comel sgt mgkn bg org tak comel tp bg sy ia sgtlah comel.Bile tgk je die semua tekanan yg ade dlm diri kite semuanya hilang.Baru bape jam x nmpk muka rsenye mcm 1 tahun tak jmpe..Blh jd gila tau klu die tak de..Ok2 utk baby comel yg pertama sy pilih ALIF RAYYAN RAFIQI,sy geram betul tgk alif,badan alif fuh semangat betul..


nama penuh : Alif Rayyan Rafiqi Bin Amir Hamzah
nama panggilan : nama panggilan alif nie byk,adik,sneijder @ ayip(ibu alif),jibam(ayah),jogentol(atuk)
Tarikh Lahir : 15 Mac 2010..
Umur : 4 bulan 1 minggu 6 hari
Benda die suke main: patung spongebob  , benda2 yg berloceng(yg bleh mengeluarkan bunyik )
Gelagat die paling kelakar: Mase kite marah die.. die akan jebik mulut die ..bukan main panjang lagik jebik die.. dalam 2-3 minit jebik baru dengar sore die menangis.. hihihi..

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang Alif nie blhla gi ke blog ibunye disini