Rabu, Disember 29, 2010

harapan

berapa tinggi pucuk pinang
tinggilah lagi pucuk meranti
berapa tinggi si Gunung Ledang
tinggilah lagi harapan hati

Asamlah jawa pokok di hutan
dibawa orang tanam di desa
adalah nyawa ada harapan
tidaklah mahu berputus asa.



Entry ini untuk hiburkan hati yang sedang bergelora..
Hahaha..apasal tiba2 aku jadi macam ni...oklah entry ini hanya
untuk hiburkan hati je..tiada bersangkut paut dengan apa2...

Isnin, Disember 27, 2010

menghitung hari



MENGHITUNG HARI....

Tak sanggup rasanya nak berhadapan dengan semua ini.
Rasa sedih akan berjauhan dengan Qistina.
Minggu depan Qistina akan tinggal bersama tok dan pakcik2 nya
di kampung untuk sementara waktu.