Isnin, Februari 14, 2011

♥ mata bergerak-gerak ♥

Sejak beberapa hari aku mengalami masalah kelopak mata bergerak-gerak. Menurut kepercayaan orang tua-tua, mata bergerak-gerak bermakna kita akan menerima berita yang sedih. aku cuba mencari di internet tentang masalah ini. Berdasarkan pencarian aku dalam alam maya, ramai yang menghadapi masalah mata bergerak-gerak dan terdapat pelbagai andaian atau kepercayaan tentang perkara ini.Ramai juga orang di luar sana yang tidak percaya tentang kepercayaan ini.Bagi aku,aku percaya sebab perkara ni dah banyak kali berlaku pada diri aku.

Seingat aku dulu aku pernah mengadu dekat seseorang dan orang tu tanya mata bergerak belah mana?aku cakap belah kanan"owh,kalau belah kanan berita baik @ gembira.Belah kiri tu kita nak nangis @ benda yang tidak baik akan berlaku dekat diri kita.Korang percaya tak semua tu?

beberapa hari ni mata belah kiri aku selalu bergerak & aku rasa tak sedap hati,
kesudahannya memang betul perkara yang tidak baik berlaku pada diri aku.

1 ulasan :

buaya berkata...

salam ziarah

selamat dtg ke blog sy dan menjadi follower sekali k