Sabtu, November 06, 2010

Melawan Sihir Cinta

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dgn jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.Sihir merupakan perantaraan diantara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melalukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperoleh bantuan dan pertolongan yang dihajati.
Cinta termasuk dalam sihir yang boleh terjadi pada sesiapa sahaja.Sihir cinta kadang2 lebih menyayt hati.Sihir menahan pernikahan itu pula adalah apabila seseorang menghadapi pening kepala yang berterusan,sekalipun telah mengambil ubat tapi dada sesak terutama selepas Asar hingga tengah malam.Dia melihat orang yang datang melamar sebagai bermuka hodoh.Fikiranya kerap melayang,apabila tidur selalu gelisah dan tidak nyenyak,perut juga selalu berasa sakit.

Lindungi diri
Bagaimana sihir ini berlaku?Mengikut seorang pengamal perubatan islam dalam laman webnya,jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua :
one Masuk ke dalam tubuh wanita berkenaan menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.

twoMenukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya hingga berwajah buruk.

Lindungilah diri kita bersama dengan :
* Banyak2kan berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh nabi muhammad SAW umpamanya zikir al-mathurat.
* Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
* Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke tempat gelap.
* Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
* Jangan tidur bersendirian,jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
* Jangan membuang air kecil ke mana2 lubang atau takungan air.
* Jangan membunuh ular yang masuk ke rumah sewenang-wenangya.
* Jangan mendedahlan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana ditakuti timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita berkenaan.